jom follow blog ana! :)

Sunday, July 15, 2018

Alhamdulillah

Hi semua.

Jom kita bersyukur untuk semua nikmat yang kuta kecapi sampai harini.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

😊😊😊


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, January 9, 2018

My Illness

Hai. Salam everyone.

Just wanna drop by.
Hidup ni tak selalu nya indah. Semua orang tahu. Tapi yang orang nampak hanya bahagia. Mereka tidak tahu disebaliknya tersembunyi pelbagai cerita.

Sakit yang aku rasa. Perit yang aku tanggung. Derita yang menghimpitku. Tiada siapa tahu.

My Illness.
Aku ditimpa sedikit ujian dari Tuhan berupa kesakitan. Kesakitan yang tidak akan berhenti. Namun tiada penghujungnya. Sakit yang aku alami sejak kecil namun tak ramai yang menyedari. Sakit dalam diam. Hanya yang dekat dengan aku sahaja dapat melihat keperitan ku.
Buat apa yang lain mahu tahu. Padahal yang sakit nya adalah aku.
Hari2 aku perlu kuat. Perlu positif. Perlu kuat semangat. Sebab sakit aku tidak terpamer dimata kasar. Hanya aku yang merasai keperitan ini.
Takpe. Allah tahu itu sudah memadai. Ini kan kafarah dosa. Banyak dosa kau buat. Supaya dekat dengan Tuhan. Ingat Tuhan sentiasa. Ini peringatan dari Tuhan.

Hanya yang tahu Maha Mengetahui.
Semoga esok bertambah bahagia. Bahagia dimata mu juga bahagia disisi ku.


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Thursday, January 26, 2017

First time dalam seni

Salam,,

Just nak imbau kembali. Tengah kemas2 terjumpa puisi masa persembahan puisidra time matrik dulu. Puisidra tu apa? Ramai yang tak tau. Puisidra ni persembahan puisi dan berlatarkan lakonan drama. Macam pentomen la tapi puisidra takde dialog.

Ini lirik puisi nya.
PUISI UNTUK SAHABAT-SAHABATKU

Bagai bintang dan segala kebebasan di angkasa
Bagai cerita tentang rasa syurga
Kita bersama

Aneka warna hiasi alur algoritma kehidupan
Terik dan sejuk adalah biasa.

Kalian lah sahabat-sahabatku, penyejuk bagi jiwa.
senantiasa mendengar saat ku mengeluh, padahal kalianpun sedang berada dalam peluh.
senantiasa membelai saat ku kecewa, pahal kalianpun tengah ada dalam gelisah.

kalianlah sahabat-sahabatku, hadiah indah dari syurga
penuntun saat terbuta,
payung saat hujan dan terik,
penerang saat berjalan dalam lorong gelap,
penunjuk saat tersesat,
penegur saat terlena,
pendengar setia saat bercerita tentang segala,
pengangkat saat terpuruk ku..

kalianlah sahabat-sahabatku, keajaiban yang sempurna,
menjadi mata air,
menjadi buku diari,
menjadi motivator,
menjadi boneka,
menjadi guru,
menjadi saudara,
menjadi mata-mata ku..

kalianlah sahabat-sahabatku, keindahan dalam hidup
warna-warna agung sang pelukis, yang dicoretkan dalam lembar hidupku,
komposisi lagu gubahan sang penyanyi, yang mengisi semua relung di ragaku,
untaian kata terungkai sang penyair, yang menyejukkan rasa panas hatiku.

pernah kita sama-sama tak sejalan,
dan dalam sesaat, aku menjadi begitu membencimu,
lalu dengan segera, segala menjadi lebih sempurna,
dan kita tetap bersama.

Entah apa jadinya hidupku, tanpa canda tawa kalian
takkan ada nada lagu bagi ragaku.
Entah apa jadinya hidupku, tanpa celotek riang kalian
takkan ada penyejuk untuk jiwaku.

Sahabat,
kuyakini inilah takdir,
Tuhan yang telah mempertemukan dan mengenalkan aku pada kalian
Menghujamkan di hati-hati kita rasa saling sayang.

Dalam banyak waktu yang telah kulewati bersama kalian,
Dalam banyak kisah yang kualami bersama kalian,
Dalam banyak khayalan yang tercipta bersama kalian,
Dan mimpi-mimpi yang terinsprasi dari kalian,
Sungguh kutelah mendapat banyak hal.




Baca puisi tak paham sangat kan? Jom tengok video tak seberapa ni. Maaf lah sis pemalu atas pentas. Jangan marah k. muahahaha. (kualiti video kurang sebab dulu manade hp canggih lagi)



Sis berlatih untuk hafal puisi ni dalam seminggu je. dan sis mengaku sis pegang lirik kat tangan sebab neves nakmati. adoi! dan sebab sis pemalu, sis berdiri tepi pentas je. Thanks pasangan puisi, Zakwan sebab menguasai pentas. Maaf sis pemalu tahap gaban masa itu.

Tentang puisi ni,
Kami (kelas Akaun 6) pilih tema sahabat sebab seorang dari ahli kelas kami terpaksa berpindah masuk uitm. Jadi sebab itu kami buat puisidra ni bertemakan sahabat yang khusus buat sahabat kami, Syarifah Nabila Alkaff.
Untuk pemilihan pembaca puisi pula, sebenarnya bukan sis jadi pembaca. sis just pantau dan bantu dari segi gaya je. Mungkin sis banyak komen dan pembaca asal sangat neves, so sis terpaksa ganti beliau (padahal sis lagi neves tahap gaban tau!). Tapi disebabkan first time atas pentas, sis tak dapat agak camne nak ketengah pentas tu. Bila naik pentas tu, tetibe rasa besar nyeeee pentas! hahaha..

Malas nak cerita panjang. Sekian. 


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, February 23, 2016

Diriku dan Teater (siri 1)

Assalamualaikum.

Hai! Lama tak menulis. Setahun sekali kot? maafkan ana.

Ana rindu sangat kumpulan teater ATRA. mesti korang nak tau kenapa kan?

Sebenarnya, tak pernah terlintas pun nak libatkan diri dalam bidang kesenian. Apatah lagi seni teater.

Ceritanya bermula masa ana tahun satu di USIM. Bila sebut je USIM, mesti kaitkan dengan Islamik, budak dakwah, kalau nak bersosial kena jaga batas. Semuanya betul, atas diri kita lah nak membentuk macam mana. Kalau salah bentuk, akan sama je dengan budak uni lain yang takde Islamik sebagai asas nya. 

Pelajar tahun satu diwajibkan untuk ambil subjek ko-kurikulum. tak kisah la nak masuk kelab ke, persatuan ke atau badan beruniform. Masa nak daftar, semua kena kumpul di dewan pusat dan beratur sebelum daftar kumpulan mana yang dia nak join. Tempat terhad bagi setiap persatuan tau! Siapa cepat dia dapat!

Bila tiba time ana, kumpulan yang tinggal cuma kelab teater dan silat. Takkan nak amek silat pulak. Try la teater. Mana la tau ada masa depan. eceh! Lagipun ana nak tau jugak macam mana teater bila disatukan dengan islamik ni. Lagipun time matrik dulu, ana masuk ko-kurikulum seni, puisidra iaitu puisi dan drama. Yang tak pernah ana terpikir pun akhirnya ana yang jadi pemuisi nya. 

Kelas bagi kelab dan persatuan ni hanya pada hari Rabu petang. Sebab setiap rabu, kuliah dan tutorial hanya sampai tengahari untuk bagi laluan pada kelab dan persatuan. Bagi kelas teater untuk sem 2 hanya 30+ orang yang daftar. Kelab paling sikit ahli sebab ramai tak minat. Dan kebanyakan yang daftar pun sebab terpaksa (kelab lain penuh).

Bagi ana, tak salah nak cuba. Dan bermulalah hidup ana dengan teater yang diajar oleh Cikgu Aloeng dan cikgu Fazreen. Mereka lepasan Aswara dan sangat berpengalaman.

Selama satu semester belajar teater, macam2 ana belajar. Jenis teater, historical teater, ciri2 teater, teater eropah, teater shakespeare, macam2 lah! Dan pernah kena marah, kena maki, kena puji. Paling takleh lupa, kena marah kaw2. Ceritanya, satu hari kena lantik jadi ketua atau Pengarah program untuk Lawatan tengok teater di Seremban. Konon nak humble pegi lantik orang lain padahal dari A sampai Z memang ana sorang buat keje sebab semua bagi alasan busy (mintak penampar). Sebab ana rajin, ana buat. Bila cikgu tau bukan nama ana jadi Pengarah, amekkau kena marah kaw2. Ha ha ha. Lepas tu memang jadi Pengarah je sampai habis sem. Senang hidup. Hahaha. (padahal ana satu hapak xreti belakon, reti arah orang je. Muahaha).

Satu hari lepas kelas, cikgu kenalkan kelab teater usim a.k.a ATRA. Memang tak tahu menahu pun pasal kewujudan ATRA ni. Haha. Macam menarik. Ana pun daftar ahli sebab dengar cite nak pakai orang. Lg skali ana tekankan, ana TAK RETI berlakon. Haha. 

That's the way how I get engaged with Theater club of USIM. :)


Add caption



Salam sayang,
ana Auni.


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Sunday, June 7, 2015

Pelik ke aku ni?

Hi.
Assalamualaikum.

Sori la ana muncul bila nak je.

Soalan nye, "Pelik ke aku ni?"

Ana memang seorang pendiam. Ana akan cakap bila perlu dan bila ada orang rasa nak borak dengan ana. Tapi kadang2 tu ana jadi aggressif nak cerita apa yang ana lalui tapi takde sorang pun nak dengar. So, jadi awkward gile!

Situasi satu.
Dalam rumah sewa.
Semua baru balik dari berjalan ke tempat berbeza.

Ana: korang pegi mana tadi? Aku gi sogo. Ada sales weyh! *muka eksaited*

B: owh. Jom pegi makan luar!

Ana: ok. *tak tau nak cakap apa da*

Situasi dua.
Kat rumah. Ana baru lepas masak.

Ana: ok. Da siap masak. Jom makan!

B: Aku balik dulu taw.

Ana: ok. *krik Krik* (dlm hati: nape tak nak makan aku masak dulu? 😭)

Situasi tiga.
Di ofis. Satu team 3 orang.

C: aku cuti esok taw!

Ana: ok.

D: alaa...takde teman la aku..

Ana: (dlm hati: habis aku ni sape? 😭)

Konklusi.

Pelik sangat ke aku ni? Hukhuk.
*nyorok bawah bantal*

Salam sayang.
Ana Auni.


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...