jom follow blog ana! :)

Thursday, October 20, 2011

resepi tart telur ---> tart cheese choc!

Bismillah pembuka kata~

salam alls~sori lame tunggu utk dapatkan  secret resepi dari ana nie..hehe~

ok, firstly ana bagitau camne nak buat tart telur..
korang boleh amek resepi nie kat memane laman web or buku je..

mula2 buat pastry..

bahan2:
1 1/2 cawan @ 195gm tepung
1/8 @ secubit garam
1/2 cawan @ 113gm unsalted butter
1/4 cawan @ 50gm gula
1 biji telur A diayak
bekas acuan / cup aluminium secukupnya

cara2:
1. pukul butter & gula hingga nampak kembang dan sebati.
2. masukkan telur dan  kacau sampai rata.
3. masukkan tepung dan garam. gaul sampai rata dan sebati.
4. akhir sekali, perap dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum bentukkan menjadi pastry ke dalam bekas acuan yang ingin digunakan.
p/s: lebihkan sedikit melebihi bekas acuan ketika membentuk.

kemudian nak buat acuan telur pula.. (boleh sediakan semasa tunggu tepung diperap.)

bahan2:
4 biji telur diayak
80 ml susu cair
25 gm gula
130 ml air

cara2:
1. masak air dan gula atas dapur tanpa kacau.
2. masukkan susu cair.
3. lastly, masukkan telur dan kacau sampai sebati.
4. sebelum tuang ke acuan, tapis ke dalam bekas lain supaya acuan lebih halus.
5. da selesai, masukkan kedalam oven 125C selama 20minit atau sehingga keperang-perangan.



nie part paling special sekali!
ana nak kongsikan kat korang semua resepi rekaan ana tapi memang sedap giler! hhehe..
resepi ni ana olah sikit dari resepi yang dah sedia ada..
mula2 takut jugak nak campur2 nie. tapi bile da jadi, kecur air liur.. hehe..

acuan pastry sama je macam nak buat tart telur.. cuma isi die je laen sikit.
gune acuan cheese choc la..

bahan2:
sebuku @ 250gm cheese cream
1 cawan gula kaster
1 sudu kecil vanilla esen
4 biji telur diayak
1 cawan whipping cream. boleh ganti yogurt.
5 sudu choc yang telah dicairkan.
secubit garam

cara2:
1. pukul cheese sampai lembut.
2. masukkan gula dan kacau sampai sebati. masukkan vanilla esen.
3. masukkan telur sikit-sikit sambil pukul adunan.
4. masukkan choc yang telah dicairkan.
4. akhir sekali, masukkan whipping cream dan garam. kacau sebati.
5. tuang atas acuan pastry tadi.
6. masak atas oven 125C selama 20 minit. korang akan lihat isi nye kembang dan merekah! :)



SELAMAT MENCUBA!

insyallah setakat nie je ana boleh kongsi dengan korang. kalau ade masa lagi ana post resepi laen lagi ok?

p/s : sape yang dah cube boleh bagitau ana k? :)

thanks for reading...
((wassalam))

blogger-emoticon.blogspot.com  full of luv, ana AuNi~  

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...