Bunga atau Mutiara ?
"Adakah anda bunga atau mutiara?
Bunga cantik, begitu juga dengan permata.
Mana satu yang anda pilih?
Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik,
manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi,.
bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari
atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang.
Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia layu dengan cepat.
Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya
jika ia terus berada di dalam cengkerang.
Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan
sedangkan kecantikan bunga hanya sementara.
Demikian juga dengan para gadis.
Gadis yang tidak menutup aurat cantik
tetapi ia sama seperti bunga.
Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna
adalah mutiara yang amat cantik.
Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh itu wahai teman-temanku dan saudariku!
Wahai orang-orang yang merindui syurga dan
merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi
serta kenikmatan yang berpanjangan!
Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Setiap gadis yang beriman
bahawa Allah sebagai tuhannya,
Muhammad s.a.w sebagai nabinya
dan Islam sebagai agamanya
hendaklah memerhatikan firman Allah s.w.t
( surah Ali 'Imran ayat 102 ):
maksudnya:
"Wahai oarang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,
dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk
kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan redha.
Apakah yang Allah s.w.t perintahkan kepada anda, wahai muslimah??!
Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat..
Firman-Nya ( surah al-Nur ayat 31 )
Maksudnya:
"... dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju
dengan tudung kepala mereka... "
Firman-Nya lagi ( surah al-Ahzab ayat 36 )
Maksudnya:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara,
(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka."
Jika benar anda muslimah,
ini bererti anda menyerah, menerima, dan tunduk
kepada perintah Allah.
Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah,
kenapa anda ada yang tidak menutup aurat anda?
sumber : salah satu risalah dari PEMBINA