jom follow blog ana! :)

Showing posts with label cerita tentang aku... Show all posts
Showing posts with label cerita tentang aku... Show all posts

Thursday, January 26, 2017

First time dalam seni

Salam,,

Just nak imbau kembali. Tengah kemas2 terjumpa puisi masa persembahan puisidra time matrik dulu. Puisidra tu apa? Ramai yang tak tau. Puisidra ni persembahan puisi dan berlatarkan lakonan drama. Macam pentomen la tapi puisidra takde dialog.

Ini lirik puisi nya.
PUISI UNTUK SAHABAT-SAHABATKU

Bagai bintang dan segala kebebasan di angkasa
Bagai cerita tentang rasa syurga
Kita bersama

Aneka warna hiasi alur algoritma kehidupan
Terik dan sejuk adalah biasa.

Kalian lah sahabat-sahabatku, penyejuk bagi jiwa.
senantiasa mendengar saat ku mengeluh, padahal kalianpun sedang berada dalam peluh.
senantiasa membelai saat ku kecewa, pahal kalianpun tengah ada dalam gelisah.

kalianlah sahabat-sahabatku, hadiah indah dari syurga
penuntun saat terbuta,
payung saat hujan dan terik,
penerang saat berjalan dalam lorong gelap,
penunjuk saat tersesat,
penegur saat terlena,
pendengar setia saat bercerita tentang segala,
pengangkat saat terpuruk ku..

kalianlah sahabat-sahabatku, keajaiban yang sempurna,
menjadi mata air,
menjadi buku diari,
menjadi motivator,
menjadi boneka,
menjadi guru,
menjadi saudara,
menjadi mata-mata ku..

kalianlah sahabat-sahabatku, keindahan dalam hidup
warna-warna agung sang pelukis, yang dicoretkan dalam lembar hidupku,
komposisi lagu gubahan sang penyanyi, yang mengisi semua relung di ragaku,
untaian kata terungkai sang penyair, yang menyejukkan rasa panas hatiku.

pernah kita sama-sama tak sejalan,
dan dalam sesaat, aku menjadi begitu membencimu,
lalu dengan segera, segala menjadi lebih sempurna,
dan kita tetap bersama.

Entah apa jadinya hidupku, tanpa canda tawa kalian
takkan ada nada lagu bagi ragaku.
Entah apa jadinya hidupku, tanpa celotek riang kalian
takkan ada penyejuk untuk jiwaku.

Sahabat,
kuyakini inilah takdir,
Tuhan yang telah mempertemukan dan mengenalkan aku pada kalian
Menghujamkan di hati-hati kita rasa saling sayang.

Dalam banyak waktu yang telah kulewati bersama kalian,
Dalam banyak kisah yang kualami bersama kalian,
Dalam banyak khayalan yang tercipta bersama kalian,
Dan mimpi-mimpi yang terinsprasi dari kalian,
Sungguh kutelah mendapat banyak hal.




Baca puisi tak paham sangat kan? Jom tengok video tak seberapa ni. Maaf lah sis pemalu atas pentas. Jangan marah k. muahahaha. (kualiti video kurang sebab dulu manade hp canggih lagi)



Sis berlatih untuk hafal puisi ni dalam seminggu je. dan sis mengaku sis pegang lirik kat tangan sebab neves nakmati. adoi! dan sebab sis pemalu, sis berdiri tepi pentas je. Thanks pasangan puisi, Zakwan sebab menguasai pentas. Maaf sis pemalu tahap gaban masa itu.

Tentang puisi ni,
Kami (kelas Akaun 6) pilih tema sahabat sebab seorang dari ahli kelas kami terpaksa berpindah masuk uitm. Jadi sebab itu kami buat puisidra ni bertemakan sahabat yang khusus buat sahabat kami, Syarifah Nabila Alkaff.
Untuk pemilihan pembaca puisi pula, sebenarnya bukan sis jadi pembaca. sis just pantau dan bantu dari segi gaya je. Mungkin sis banyak komen dan pembaca asal sangat neves, so sis terpaksa ganti beliau (padahal sis lagi neves tahap gaban tau!). Tapi disebabkan first time atas pentas, sis tak dapat agak camne nak ketengah pentas tu. Bila naik pentas tu, tetibe rasa besar nyeeee pentas! hahaha..

Malas nak cerita panjang. Sekian. 


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Sunday, June 7, 2015

Pelik ke aku ni?

Hi.
Assalamualaikum.

Sori la ana muncul bila nak je.

Soalan nye, "Pelik ke aku ni?"

Ana memang seorang pendiam. Ana akan cakap bila perlu dan bila ada orang rasa nak borak dengan ana. Tapi kadang2 tu ana jadi aggressif nak cerita apa yang ana lalui tapi takde sorang pun nak dengar. So, jadi awkward gile!

Situasi satu.
Dalam rumah sewa.
Semua baru balik dari berjalan ke tempat berbeza.

Ana: korang pegi mana tadi? Aku gi sogo. Ada sales weyh! *muka eksaited*

B: owh. Jom pegi makan luar!

Ana: ok. *tak tau nak cakap apa da*

Situasi dua.
Kat rumah. Ana baru lepas masak.

Ana: ok. Da siap masak. Jom makan!

B: Aku balik dulu taw.

Ana: ok. *krik Krik* (dlm hati: nape tak nak makan aku masak dulu? 😭)

Situasi tiga.
Di ofis. Satu team 3 orang.

C: aku cuti esok taw!

Ana: ok.

D: alaa...takde teman la aku..

Ana: (dlm hati: habis aku ni sape? 😭)

Konklusi.

Pelik sangat ke aku ni? Hukhuk.
*nyorok bawah bantal*

Salam sayang.
Ana Auni.


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Thursday, January 8, 2015

2015.

salam to all,

sori guys, ana selalu omong kosong. haha. niat di hati memang nak menulis balik. tapi kadang kekangan masa dan idea kot. normal.

what's happen since I left here?


2014 
- my last year of study in degree level. which is I'm officially graduated of USIM. yeay! :)
- and my start new life with working environment. bored! haha.

kadang2 kita ni sebagai manusia, selalu tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah bagi kat kita.
contoh; dah dapat pilihan kerja atau duduk rumah. sesetengah orang akan memilih kerja dan sesetengah yang lain akan memilih duduk di rumah sahaja. For me, I choose to go work and get some income to survive the world. but when I'm already in the working life, then I want to be at home. haha. normal. kerja apa yang tak penat untuk dapat wang yang lumayan? Kalau nak kaya, usaha. tu je key point dia.

2015.
- genap 6 bulan ana bekerja. as research assistant in investment company di KL.

As I said, kerja apa tak stress? kerja apa tak penat? yea.. as long as kerja makan gaji, always penat. always stress. Takpe. untuk cari rezeki. untuk diri sendiri juga.

Happy New Year!
jangan lupa perbaharui niat tahun ni.
dan amalkan setiap hari.
Insyallah diberkati.

Take care.
Wassalam.


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Sunday, December 25, 2011

:: segmen :: tentang diri

Bismillah pembuka kata~

eh eh..ade segmen lah! from Amalina Zainal..

actually ana jumpe segmen nie dari Muna Rahimah.. dua2 comel~ hehe..

firstly, nie gamba ana lepas rempittt...haha..


nama dlm ic: Auni bt Sujan tapi lebih selesa dengan panggilan "ana AuNi"~
maksud 'auni' ialah penolongku.. so sangat mudah kesian dgn orang laen..hehe.
belajar di nilai, n9.. dalam bidang pemasaran servis kewangan.,
seorang yang suka berkawan dan bantu orang laen..so, jangan takut kwn ngan ana! 
seorang yang pendiam bile xtau nak ckp ape..

nak tau lebih? be my friend! :)
and introduce urself first pleaseee...


thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com  full of luv, ana AuNi~  

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Monday, October 31, 2011

morning glory~

Bismillah pembuka kata~

comel nye bdak kecik nie baru bangun tdo..hehe..

today is monday and I feel so sleepy, tired and wanna be lazy gurl..haha..#tetibe speaking plak ana nie..hehe..

ana da lame xupdate blog nie.. tapi disebabkan malam tadi dapat mesej dari kazenku farhah aries.. die kate 'anda ditag!'..
so, terpaksalah ana update blog ber'hantu' nie..huhu..

firstly, jom sergah blog kazen ana nie.. farhah aries~

secondly, die xde bagi pape rules kat ana.. just nana je bagi rules kat die.. so, directly answer her questions gave to me.. ^_^

soalan nye bermula :


1. nama paling kelakar orang lain pernah panggil ?
gigi. cikgu teater penah panggil sebab gigi ana jongang sket..huhu.. :(

2. out of 5 stars, blog ni layak dapat berapa ? hee
3stars! hehe.. sebab simple sangat~ i loike.

3. mana jumpa blog yang tak berapa cantik ni ? hehe
geledah2 kat mane tah! tetibe jumpe..siyesly suke sangat ade geng kazen..hehe..

4. suka makan macam saya tak ? kenapa ?
suke3! makan dessert yg hand made sendiri..puas hati sangat!

5. make up or natural ?
of course natural~ just a light make up is enough.. :)

6. any positif komen for my blog ? hehe
simple, white, tuan comel! ^_^

7. selalu kena ulcer kat mulut tak ? :(
time skolah dulu slalu.. skrg da jarang sebab byk minum air..hehe..

8. who is your first love ? name he/she.
someone who care about me so much! nickname - shin chan~ :P

9. short-distance love / long-distance love ?
long-distance love..hehe..tak suke dekat2, rimas! :P

10. sneaker / wedges / pump shoes ?
prefer sneaker! tapi wedges pun boleh la.. pump shoes xminat sbb xske high heel! hehe..

11. perempuan banyak cakap. korang suka tak ?
depends pada org tu kot! kalau org tu jenis byk ckp sampai xleh benti n annoying..sgt xsuke! huhu..

done! ape merepek soalan die bagi da.. haha..
btw, kazen! thanks tagged ana.. :)



thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com  full of luv, ana AuNi~  



ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, August 10, 2011

atok abah kembali ke Rahmatullah

Bismillah pembuka kata~

Al-Fatihah...

atok abah ana (Haji Sebi bin Lakom) telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4:30 petang tadi..ketika dalam perjalanan ke klinik akibat semput.. ana sekarang masih di office menguruskan apa yang patut sebab esok mesti amek cuti..malam nie kena amek parents baru balek dari kelantan di subang airport..esok pagi insyallah baru pulang ke kampung di Segamat, Johor.

arwah atok - wawa (cicit) - ayah 

gamba nie adalah kenangan masa last ana balek kampung..(xingt bile tapi da lame la..adey..) 
apa yg ana harap adalah doa dari kalian semoga roh atok abah ana sentiasa dicucuri rahmat dan kami redha dengan pemergian nya..

doakan juga kami selamat sampai esok pagi sebab nk balek mlm nie xsempat..parents naek flight kul 10:15mlm, maybe sampai subang kul 12 tgh mlm..

doakan juga ayah ana tenang dan sihat wal afiat.. (ana risau ayah ana sebab ayah ana sedih sgt! sebab ayah ana ketua keluarga..means anak lelaki sulung..)

ana rase ana da melalut2 tah hape ape..maafkan ana sebab ana sampai sekarang masih lagi terkejut bile dapat mesej..

doakan ana and family taw!

thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com  full of luv, ana AuNi~  


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Monday, July 18, 2011

yeay! i luv local fruit~

Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com



hi kawan2~ alhamdulillah tadi ana dapat makan durian.. best sangat! korang nak tau sebab ape?
sebab nye.. ana da lameee sangat nak makan buah..must be buah2an tempatan laa... kalau korang nak tau, ana nie pencinta buah tempatan taw! hehe..
xde la sampai addict sangat..tapi setakat nie ana bleh makan la semua buat tempatan yang ada..
maybe sebab ana xjumpa lagi buah2 yang pelik2.. korang penah jumpa or makan buah yang ana xpenah makan tak? bgtau la ana..mane tau ana bleh cube nanti.. :)

sumber: en.google

ok..berbalik pada cerita.. harinie half of my family puasa sunat isnin.. so kitorang cam xkesah sangat la pasal makan nie..
sampai la before balik dari office family tadi, aunty helper bagi kat ana satu plastik penuh durian.. she said "nah, tadi ayah awak belikan nie untuk bawak balik rumah."
im so suprising! ye la..padan la masa duk lepak2 kat office layan cerita tadi ada bau2 durian lalu kat hidung..now i know the answer~
dats why i luv my dad more! becoz he knows dat i like local fruits very much! ^__^

sumber: en.google

balek2 rumah, masa berbuka tadi xmenyempat ana terus sambar durian dulu xsenonoh kan?... sampai ana telan 2 biji durian sekaligus xperasan (2 biji bukan 2 ulas taw!)..haha..
then sampai sekarang ana rasa perut ana panas je..adey~ puas sangat2!

sumber: en.google

ok..malas nak cerita panjang2..nak rehat..esok nak kerja pulak! 2nd day :) hope esok xserabut macam harinie..

p/s: harinie ana rindu sangat dengan orang yang pernah sakitkan hati ana..macam mane tu? 



 thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com  ful of luv, ana AuNi~  blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Saturday, July 9, 2011

ana hilangkan bosan

Bismillah pembuka kata~ blogger-emoticon.blogspot.com

apa ana buat bila ana bosan? kalau korang, apa korang buat?

ana sekarang tengah cuti..so sangat buhsan bila dapat duduk rumah then tak tahu nak buat apa..

so aktiviti fevret ana ialah....

  1.   blogwalking  



ana akan terjah je sape2 punye blog.. then ana follow and komen kat chatroom dia lah! kalau entri die menarik, ana akan komen lah skit..hehe..

     2.    reading novels  


ana sangat suka membaca! so, bila line internet cam semput je..no choice ana bace lah buku novel! ana pun peminat setia novel taw. selalu nya ana akan baca novel melayu lah banyak sebab senang paham~ haha.. ada gak kawan2 ana recommend untuk baca novel english tapi tak selalu lah sebab needs time untuk paham satu page baru..hehe.. penerbit yang paling ana minat is JEMARI SENI~ sebab ade kak ruby hazri and hlovate.. 

     

3.    hang out! 


well, ana nampak je pendiam. tapi suka jalan-jalan taw! korang serve je tarikh then ana akan cuba untuk datang~ heee... memandangkan ana sekarang tengah cuti..so, sape nak date ngan ana? 


p/s: ana seorang pendiam! 
thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com full of luv, ana AuNi~ blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Friday, July 8, 2011

saya murid baru belajar~



Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com

fuuhh! alhamdulillah boleh rest daa...hee~
sila2 lah layan blog ana yang baru nie! alhamdulillah da settle edit and try to be blogger yang 'tak lupa update' hehe..

seorang blogger perlu mempunyai otak yang bijak! 

actually, ana bukan lah seorang yang tegar meng'update' blog macam blogger yang laen. ana hanya lah seorang blogger yang baru belajar berjinak-jinak dalam menulias blog lagi.

mesti ramai tertanya-tanya kan? bukan ke da lama buat blog nie... ya! memang ana da lama buat blog nie. since form 5 (2008) lagi. tapi disebab kan masa tu ana buat blog sebab ikut kawan. so, macam xde spirit sangat nak sentiasa update blog.

i want to be an 'active' blogger.. can i? 

tapi alhamdulillah sejak ana tahun lepas, ana masuk dalam satu group (sahabat blogger) nie. sangat best! ana dapat kenal ramai blogger dan ana SANGAT suka blogwalking. tak kesah lah nak terjah blog sesiapa pun. ana memang suka membaca! SANGAT suka! sori ana jarang update blog sebab busy(alasan je)..huhu..
then satu hari timbul kesedaran dalam diri ana bila ana tengok blog orang laen sentiasa meriah! tetibe ana jadi jeless sgt! haha.. that's why terus semangat edit blog. HAHA.
so, mulai saat ini (cewaahh!) ana nak cuba untuk menjadi aktif dalam menulis blog.. (ameen)

i can be anything! :)
 dengan semangat yang baru.. ana akan mula hidup baru dengan menjadi diri ana yang sebenarnya. boleh kan? hehe..
u all have to wait and see ok?
maybe seorang blogger yang 'baru nk berjinak-jinak' dengan blog nie agak lemah sikit. tapi dengan sokongan anda semua, insyallah ana boleh!
so, ana sangat2 perlukan sokongan anda semua~ doakan ana tau! hehe.. *segan plak.


p/s: sape nak ajar ana wat header? hehe..

thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Thursday, July 7, 2011

#1 spontaneous thursday

Bismillah pembuka kata~ blogger-emoticon.blogspot.com

jom maen bowling kat THE MINES! :)
with najah, nabila, kak adda and kak noly~

sape mereka?
kami sekerja lah! hehe..

ana keje?
yup! keje part time je..

kat mane?
kat USIM je.. kedai nutrimetics :)
jangan risau.. under kelab wardah USIM gak..

dapat gaji brape?
eh eh. ana keje part time je. so tak tetap. depends pada event lah!
actually ana keje suka2 je. ana ni pelanggan tetap! so bos ajak lah bila ada event~

WE ARE FAMILY! 

sahabat selamanya!

kami sayang kak adda~

our big boss! kak noly syg~
 p/s: najah nak amek kul 12 jap lagi.. kena siap2 nie! hihihi..

thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com full of luv, ana AuNi~ blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Monday, July 4, 2011

exam datang lagi!

Bismillah pembuka kata~ blogger-emoticon.blogspot.com

sebagai seorang pelajar universiti tak lepas dari rutin nya iaitu belajar - assignment - exam

dan perkara yang paling tak sabar oleh seorang pelajar ialah CUTI!

em.. ana merupakan seorang pelajar sarjana muda di sebuah ipta di Malaysia.
ana rasa tak ramai yang tahu dan kenal ipta ni.. iaitu USIM~
USIM ialah singkatan bagi Universiti Sains Islam Malaysia yang terlatak di Nilai, N9.
ana rasa mesti ramai da ingat da.. "alaa yang tepi highway tuu"
yup! kalau nmpk memang lah tepi highway.. skali nak sampai, mak datuk kat hujung jalan.. adey~blogger-emoticon.blogspot.com

di USIM, ana amek kos degree marketing a.k.a pemasaran *plus* finance services.
kos ni xfemes pun macam kos-kos laen. lagipun memang minoriti je amek kos ni.
ana merupakan batch ke 3 dan student batch ana dalam 40 orang je.

ok.. itu sekadar intro.
apa ana nak cerita sebenarnya ni?
hermm... ok. sekarang ana da habes tahun satu dan sedang bertungkus lumus untuk habiskan semester pendek ni.
mesti ada yang tertanya. kenapa ana amek 'short sem' ni?
actually malas je nak amek 'short sem' ni. tapi disebab kan Usim wajibkan student dia amek. so TERPAKSA lah!
(haha..nampak sangat ana xikhlas nak amek 'short sem' kn? astaghfirullah.. )

so, dipendekkan cerita..
short sem ni da sampai ke penghujung nye dah!
at the end, mesti lah ada imtihan nye kn? (imtihan=exam)

blogger-emoticon.blogspot.comdisini.. ana nak memohon sepuluh jari kemaafan di atas semua kesalahan ana.. (xupdate blog or ayat merapu)
and ana harap korang semua dapat doakan KEJAYAAN ana..

even short sem ni ana amek 2subjek je - aqidah n fiqh
tapi 2 subjek ni sangat berat bagi ana sebab... in ARABIC!
so, ana sangat mengharapkan doa dari kalian..

4 flat for me! ameeen~ blogger-emoticon.blogspot.com



perancangan masa cuti 2bulan ;
- amek lesen kete n moto luluskan sampai dpt P
- update blog slalu..
- khatam novel and cite dlm hardisk. ^_^
- belajar masak!



thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, June 29, 2011

wordless wednesday #3

Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com
jom join FB n terjah blog wordless wednesday~blogger-emoticon.blogspot.com


thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Sunday, June 19, 2011

happy father's day, AYAH! :)



Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com

sempena 19 JUN 2011 nie.. ana nk ucapkan "HAPPY FATHER'S DAY" buat semua ayah2 especially to my strongest dad En. Sujan~


5 sebab ana SAYANG ayah ana!blogger-emoticon.blogspot.com

1 - ayah ana seorang yang sangat penyabar! lagi-lagi dengan karenah anak-anaknya yang nakal2 n gedik2 macam ana nie.. HAHA..
2 - ayah ana seorang yang sangat ambil berat anak2 nye.. terutama nya ana yang ber'masalah' nie..hehe..
3 - ayah ana seorang yang sangat pemurah! sampai sekarang rase tak percaya yang ayah belikan netbook baru~ lepas laptop ana rosak.. secara mengejut kot!
4 - ayah ana seorang yang sangat perahsia! sebab ayah suka wat suprise tibe2... tengok2 je ade je plan ayah nak wat family ana happy sentiasa~
5 - ayah ana seorang yang sangat tenang! even dalam keadaan genting cmne pun..ayat ayah same je.. "relax..sume bleh jadi normal blek.. " huhu..memang sangat relax! :)

anyway..bukan 5 sebab je ana sayang ayah.. tapi dgn 5 sebab nie, kasih sayang ayah sangat2 terserlah utk anak2 nya terutama skali ana nie la..hehe..

maafkan auni, ayah! auni banyak buat ayah susah hati..blogger-emoticon.blogspot.com


..gamba nie time raya 2009.. ^^,

entri nie credit to my dad > Sujan b. Sebi (:


thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...