jom follow blog ana! :)

Showing posts with label ilmu islam. Show all posts
Showing posts with label ilmu islam. Show all posts

Friday, June 24, 2011

sudah beristighfar hari ini ?

Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com

alhamdulillah masih lagi diberi nikmat menulis..
hari ini hari jumaat. kebanyakan blogger pasti akan menulis entri berkaitan dengan tazkirah, kata2 yang mulia, peringatan dan macam-macam lagi lah yang baik!

so, hari ini, bersempana hari jumaat sebagai penghulu hari dalam seminggu, ana nak tanya korang semua..
korang da beristighfar hari ini?blogger-emoticon.blogspot.com

bila kita lihat diri sendiri. muhasabah diri dari bangun tidur pagi tadi. setiap orang pasti ada melakukan dosa. tak kesah lah dosa tu ringan mana pun, tapi yang pasti ianya adalah dosa kan?

so, apa kata hari ini kita perbanyakkan istighfar.. paling kurang 100 kali.. ada bran??blogger-emoticon.blogspot.com

ingatlah nabi kita, Muhammad s.a.w pernah bersabda :

nabi bersabda: Wahai hamba2Ku,sesunggunhnya kalian selalu berbuat kesalahan siang dan malam,sedangkan Aku senantiasa mengampuni dosa,semuanya.maka mohon ampunlah kepadaKu,nescaya Aku akan mengampuni kalian~HR muslim.

tak susah pun.. kita tengah blogwalking pun boleh beristighfar~
Allah Maha Pengampun.. beristighfar lah anda sementara masih bernyawa..
Peluang yang datang jangan dilepaskan, Ajal yang datang tidak akan terlepas..

ingat2lah diri dan selamat beramal~

thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, February 15, 2011

Aku Cinta Dia :)


Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com



saya sangat cintakan dia..
siapa dia?? mestilah junjungan Rasulullah s.a.w~
harini kn 12 Rabiulawal 1432H ..sempana maulidur rasul..

how to express my love to him??
so many ways..
-first, must be SELAWAT atas nabi..
-ikut sunnah nabi..
-berakhlak baik..
-mendalami seerah nabi..
-meneruskan perjuangan baginda..

alhamdulillah.. pagi tadi ana isi hari ana dengan benda yg berfaedah..
iaitu talk 'Aku Cinta Dia' (ACD) by kak fisha..
after talk ade tayangan multimedia..
then ade persembahan by afeefa, nabilah n ME! :)
persembahan ape ea??
pada mula nya, kitorang nak wat sajak..
tapi disebabkan xsiap sajak..tapi ada org bagi pantun..
so go on je laa...hehe~




AKU CINTA DIA

Dikandung Aminah, ibu pengasih,
12 Rabiulawal detik keramat,
Muhammad bin Abdullah insan terpilih,
Lahirnya di dunia membawa rahmat.

Diutus Jibril menyampaikan wahyu,
Di Gua Hira' bertemu baginda,
Dalam ketakutan, Khadijah dituju,
Menyinarkan Islam tiada malapnya.

Sentiasa siddiq meski bercanda,
Tabligh walau sebaris ayat,
Amanah itu pakaian baginda,
Terpancar fatonah sepanjang hayat.

Senyuman baginda senyuman mawardah,
Bak kasturi menyegar alam,
Jerih keringan sentiasa tersimbah,
Menjadi sumbu sinarnya Islam.

Selawat ditutur mengungkap rindu,
Mengiringi takbir jihadullah,
Menyusun langkah teguh berpadu,
Menyambung jihadmu, ya Rasulullah.

Cintamu bukan cinta biasa,
Ummati (3x) yang dibimbangkan,
Cintamu tiada galang gantinya,
Terpahat namamu di dalam al-Quran.

Untukmu ya Rasulullah,
Selawat dan salam kami alunkan,
Buatmu ya Rasulullah,
Islamkan bersinar berpanjikan keimanan.




thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Friday, October 8, 2010

Tips :)


Bismillah n welcome to my jurnal~

blogger-emoticon.blogspot.com


artikel nie ana dpt dari facebook..someone tag ana then bile ana bace..cam tekena batang hidung sendiri lak..

dats why I try to share with you all and kite boleh la amek iktibar dan muhasabah diri kita balek..




Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???


3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..


5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.


Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi.


p/s : bagi perempuan , selagi perempuan ada didunia ini mnta tlglah pada perempuan kecualilah semua prempuan dah mati..(malu tu penting bg perempuan... sabda nabi : jika tiada malu, lakukan semahumu)sy harap smua mmpu fhm dan aplikasikannya dlm kehidupan. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akanlebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

tapi..ana bukanlah amek bulat2 dr tips2 nie..ana pun ade prinsip ana n cara ana sendiri...ermm..bkn nye xbleh langsung nk bergaul dgn diorg..sendiri kne jaga lah batas2 nye kn..

so that kita sama-samalah amek iktibar dan amalkan dalam kehidupan seharian kita ape yg patut..boleh rite? blogger-emoticon.blogspot.com


wasalam.. ^_^ blogger-emoticon.blogspot.com
ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Friday, July 2, 2010

pabila akal dan hati 'berbicara'..

Bismillah~ blogger-emoticon.blogspot.com

nie nk kongsi sket cite psl hati, akal n nafsu..

Akal : Assalamualaikum.

Senyap sunyi..salam nye x bersambut..dicuba lagi..

Akal : Assalamualaikum.

Masih tiada yang menyambut..dicuba lagi untuk kali
ketiga..alhamdulillah, terdengar bunyi kunci dibuka dari
dalam..kelihatan
Hati di sebalik pintu dengan rupa yang lesu..

Hati : Waalaikumussalam.. Akal rupanya..ingatkan siapa tadi..masuklah..

Akal pon melangkah masuk ke dalam kamar Hati..dilihatnya Hati terus
berbaring di sofa..
Akal ikut duduk di kerusi yang lain..

Akal : Kita dengar Hati x sihat..tue kita datang melawat..Hati ok x..??

Hati : Aaa..haah..x sihat sikit..kepala cam pening-pening..pastu badan
pon cam sakit-sakit..penat sangat kot..

Akal : Hmm..maybe la kot..nampak macam Hati gelap sikit..Hati pergi main berjemur ke..??

Hati : Eh, xde la..xde main berjemur pon..teman Nafs je pergi
jalan-jalan..shopping-shop
ping sikit..

Akal : Ohh..ye ke..

Suasana sepi..dilihatnya Hati sibuk memicit-micit kepalanya sambil
memejamkan mata..


Akal : Hati..kita nak cakap sikit la..

Hati : Hmm..kenapa, ‘Kal..??

Akal : Xde la..kita rasa sejak Hati berkawan baik dengan Nafs tue, kita
berdua dah macam makin jauh je..bukan lah kita jeles ke ape..cume kita
macam rindu la nak spend time, borak-borak ngan Hati macam dulu-dulu..

Hati : Hmm..agak la..xpe, next time kita keluar bertiga eak..

Akal : Hmm..ki
ta bukannya x nak..tapi kita rasa Nafs tue macam x suka je kat kita..bila kita datang dekat je kalau korang ngah berborak, mesti
dia tarik Hati pergi tempat lain..kalau dia nampak Hati tegur kita pon,
selalu kita nampak dia macam jeling kita..

Hati : Eh, mana ada..Nafs tue baik taw..seronok berkawan dengan dia..dia pandai cari tempat best nak pegi enjoy..hari tue dia bawak Hati pergi
satu tempat nie..dengar lagu..seronokkk..! ada orang nyanyi-nyanyi
sume..pastu dia ajar Hati macam mana nak main game dekat archade
tue..and then, dia kenal kan Hati kat kawan-kawan
dia..lelaki..hoho..hensem-hensem sume..tapi tue la..cam ramai yang dah ada GF la tapi..jeles betul..tapi xpe..ada je yang still single-mingle..hoho..nanti kalau Akal nak, Hati bawak Akal pegi sana
ye..

Akal terdiam seketika sebelum meneruskan kata-katanya..

Akal : Hati, kita rasa Hati dah berubah la..

Hati terkejut..bingkas dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap
Akal..


Hati : Hmm..?? Berubah..?? Eh, xde la..mana ada..Hati macam nie gak
la..maintain je..

Akal : Tak la..dulu Hati x macam nie..dulu mana ada H
ati suke pergi
tempat-tempat macam tue..taw pasal tempat tue pon x pernah..pastu mana
pernah Hati usha-usha laki macam tue..Hati kan taw x elok wat
camtu..sekarang pon Hati dah jarang pergi lawat Mak Usrah..dia selalu
tanye pasal Hati taw..

Hati : Ala..dulu Hati x taw sebab xde orang beritahu..lagi pon, bukan
selalu pon pergi..baru 4 kali pergi..Akal nie..macam mak orang la..

Akal : Tapi Hati..Hati kan taw benda tue salah..

Hati : Ala..salah apa nya..Hati bukan wat pape pon..Hati juz nak enjoy
je..

Akal : Enjoy apa nya kalau dok buat tambah dosa camtu, Hati..??

Hati : Mana ada tambah dosa..?? Bukan
nya Hati pegang-pegang diorang ke
apa..borak-borak je..

Akal : Hati..Hati dah meremehkan hal dosa pahala nie, Hati..Hati taw x
kalau Hati wat benda-benda yang ALLAH larang tapi tanpa perasaan yang
benda tue salah, Hati akan dapat satu titik hitam kat badan Hati..??
Cuba Hati tengok..Hati perasan x yang Hati dah makin gelap..Hati nak ke
jadi hitam betul..??

Hati terdiam..Akal meneruskan bicaranya..

Akal : Kita taw Hati sekarang selalu tido lambat..selalu dengar Hati
bangun lambat..selalu termiss Subuh..Isyak pon kadang-kadang Hati
terlepas sebab tertido..betul x..??

Hati mendiamkan diri..tapi masih menganggukkan kepala..

Akal : Boleh kita taw kenapa..??

Hati : Hati penat je..tue selalu tertido awal, bangun lambat..

Akal : Kenapa Hati penat..??

Hati : ..sebab teman Nafs..

Akal : X cakap dengan dia yang Hati penat..??

Hati : Hmm..dia tue macam keras kepala sikit..kalau Hati cakap Hati
penat, dia still tarik Hati ikut dia gak..kalau Hati cakap Hati x mau
ikot, nanti dia merajok..x mau cakap dengan Hati..Hati malas n
ak
ribut-ribut..nanti makin serabut kepala Hati..makin penat nanti..

Akal : Tapi still Hati penat gak kan sekarang..??

Hati mendiamkan diri semula..

Akal : Hati, kita nak cakap..daripada Hati penat sebab ikut Nafs yang x
dapat apa-apa..dengan kalau Hati tolak permintaan Nafs tapi dapat
pahala..yang mana satu lebih beruntung..??

Lambat Hati menjawab..

Hati : …tolak..

Kelihatan Hati menundukkan kepalanya..

Akal : Hati, kita nasihat Hati sebab kita sayang Hati..kita x mau Hati
makin jauh and makin banyak buat benda salah.. kita x taw Hati taw ke x
nie, tapi kita selalu nampak Nafs tue duduk-duduk dengan S
yaitan..Hati
taw kan Syaitan tue pelajar bermasalah..siap ada geng lagi..Kita x mau
Hati terikut sampai jadi geng tue..bukannya kita nak sangka buruk ke
apa..just langkah berjaga-jaga je..

Hati kelihatan terkejut..

Hati : Eh..Nafs kata dia x kawan dah dengan Syaitan tue..dia kata
diorang dah x sependapat, so dia dah x join dah geng tue..

Akal : Hmm..maksudnya dia dah tipu Nafs la tue..bukan sekali kita nampak diorang tue jumpa..banyak kali gak la..tapi kita x sempat-sempat nak
beritahu Hati sebab dia selalu ada kat sebelah Hati..

Hati : Tapi Hati x paham..kenapa dia nak tipu Hati..x paham la..ingatkan kitorang kawan baik..

Akal : Hati..ingat x ayat yang Mak Usrah pernah bagi kita dulu..?? Yang
Syaitan memang dah berjanji untuk memeso
ngkan manusia dari jalan ALLAH
sampai tibanya hari akhirat..and dia memang akan sengaja buat macam
dunia nie terasa indah untuk kita sampaikan kita terpedaya..Hati pon taw kan..Hati yang control seseorang tue..sebab tue kita rasa dia aim
Hati..

Hati kelihatan kecewa..terlihat kesedaran terlukis di mukanya..

Akal : Hati..kita nak cakap banyak pon, kita pon bukan taw sangat..ada
benda yang kita x taw and kita pon x paham sangat..kalau Hati nak, kita
boleh kenalkan sorang kawan kita nie..nama dia Furqan..insyaALLAh dia
boleh tolong terangkan sume-sume yang Hati nak taw and tanye..

Hati memandang Akal dengan pandangan terharu..

Hati : Terima kasih ‘Kal sebab sedarkan Hati..beruntung sungguh Hati
dapat kawan macam Akal nie..

Akal : Ala..kita bukan wat pape pon..sume tue ALLAH yang izinkan..

Kedua-dua pon tersenyum
..

Akal : Ok la, Hati..kita nak kena pergi nie..ada hal nak kena
settlekan..Hati rehat la ye..nanti bila da sihat balik, jenguk-jenguk la Mak Usrah..dia rindu betul ngan Hati..baby Iman ngan Islam pon dah lama x kena timang ngan Hati..

Hati : InsyaALLAH..kalau Akal rajin, nanti sampaikan la salam Hati kat
diorang ye..

Akal : InsyaALLAH..Hati rehat ye..

Akal pon beredar meninggalkan Hati untuk berehat..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haa..dari kisah diatas..ape kesimpulan yang boleh kite buat??

1. muhasabah la diri kita hari2.. bermula dari hati..yang lain akan menyusuli..
2. perbaiki lah diri..perbanyakkan menggunakan akal dlm melakukan sesuatu..jgn diikutkan nafsu menguasai diri..
3. kalau melayan nafsu selalunye memakan diri, merana jiwa..

adey..ana xreti sgt buat kesimpulan..em..bg sesiapa yg ingin berkongsi..silalah tulis di ruangan komen post ini ya..trimas!!
masybe setakat nie je la ana berkarya..bg sesiapa yg rajin bace post2 di blog ini..harap maafla krn masa yg terhad merumitkan utk ana mengupdate..

and for ur information...
tomorrow..I will continue my journey at U.S.I.M in bachelor of marketing blogger-emoticon.blogspot.com
ana harapkan..semua dapat doakan kejayaan ana disana..insyaAllah~

wassalam~ :)
blogger-emoticon.blogspot.com
ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, March 11, 2009

kembali!!

Bismillah~ ^_^


adoi! da berhabuk da blog ana nie.. sedar x sedar... da sebln lebey ana x update blog nie~


itula akibat nye.. leka dgn duniawi~ ye la.. kalau nk kate busy... sgt x busy!!
ntah la... btw~ terusik gak blog nie harinie.. huhu~



memandangkan baru je lepas maulud rasul.. ana nk kongsi sikit..






alhamdulillah baru2 nie.. kat umah ana ade buat karnival maulidur rasul~ satu family ana terlibat.. n malam tu ade ceramah yg disampaikan oleh YB. Ustaz Khairul Ikhwan..

ceramah nye best la jgak.. sbb die asyik buat lawak je.. -_-" .. anyway ambil yg baek buang yg buruk..ade la skit2 isi yg ana leh kongsi~


First sekali.. bile kte dgr name Rasulullah.. pe prasaan kte?
kte hendaklah timbulkan rase cinta kpd baginda.. rindu merupakan tanda kte cinta padanya..


tp camne kte nk tunjukkan kita nie cintakan Islam sepenuhnye?
yakni dengan dalami dan faqih dgn segale ilmu tentang Islam..


ade kisah seorg sahabat yg merindui Rasulullah~


kisah Bilal bin Rabah...

peristiwa berlaku slps kewafatan baginda..
satu hari..Bilal bermimpi..berjumpa dgn baginda..
Rasulullah bertanye..''kenapa lama kamu tidak menziarahi aku?''
pabile terjage.. Bilal memberitahu isterinye tentang perkare tersebut..
isterinye menyiapkan bekalan dan menyuruh Bilal pergi mlawat makam Rasulullah..
ktike di kubur Baginda.. Bilal menangis dan tibe2 pengsan..
datang hasan dan husin menegur Bilal..
''Ya 'ammi Bilal, azankanlah utk kami.. kami rindu mendengarkan suaramu mengalunkan azan! "

Lalu Bilal melaungkan azan.. ketika sampai kalimah 'asyhadu anna Muhammadur rasulullah'... tibe2.. Bilal pengsan.. kerana terlalu rindukan baginda..

Lihatlah betapa rindunye Bilal pada Rasulullah sampai boleh pengsan..
kte bagaimana?? pernah ke pengsan ketika menyebut nama Baginda? mustahil bukan..
tp tiada yg mustahil buat para sahabat~

utk lebey rase rindu pd Baginda..
jom la ikut berselawat kalau kte rase kte nie umat nabi Muhammad~..
~Allahumma Solli ala Muhammad~
Wallahu a'lam~
(ana da kembali??) huhu... siap sebulan kemidian~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Thursday, December 4, 2008

khas buat semua teman seperjuanganku


TEMAN, AKU INGIN...


Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meniggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.
impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.
senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwah tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.
: cebisan dari coretan novel TAUTAN HATI~
(buku nie best! sesuai utk plajar kolej @ U.. byk pengisian boleh didapati juga..)
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, August 20, 2008

GADIS paling cantik...?



Bunga atau Mutiara ?

"Adakah anda bunga atau mutiara?
Bunga cantik, begitu juga dengan permata.
Mana satu yang anda pilih?


Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik,
manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi,.
bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari
atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang.
Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia layu dengan cepat.
Umur bunga sangat pendek.


Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya
jika ia terus berada di dalam cengkerang.
Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan
sedangkan kecantikan bunga hanya sementara.
Demikian juga dengan para gadis.
Gadis yang tidak menutup aurat cantik
tetapi ia sama seperti bunga.
Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna
adalah mutiara yang amat cantik.
Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai teman-temanku dan saudariku!
Wahai orang-orang yang merindui syurga dan
merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi
serta kenikmatan yang berpanjangan!
Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman
bahawa Allah sebagai tuhannya,
Muhammad s.a.w sebagai nabinya
dan Islam sebagai agamanya
hendaklah memerhatikan firman Allah s.w.t
( surah Ali 'Imran ayat 102 ):

maksudnya:

"Wahai oarang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,
dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk
kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan redha.


Apakah yang Allah s.w.t perintahkan kepada anda, wahai muslimah??!
Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat..
Firman-Nya ( surah al-Nur ayat 31 )

Maksudnya:

"... dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju
dengan tudung kepala mereka... "

Firman-Nya lagi ( surah al-Ahzab ayat 36 )

Maksudnya:

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya
menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara,
(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka."

Jika benar anda muslimah,
ini bererti anda menyerah, menerima, dan tunduk
kepada perintah Allah.
Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah,
kenapa anda ada yang tidak menutup aurat anda?



sumber : salah satu risalah dari PEMBINA

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Saturday, July 5, 2008

Bangkitlah wahai saudaraku!!


Wahai teman2 seperjuangan, yang sentiasa mencari redha Allah..

saudaraku...!!
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darahmengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta.
saudaraku...!!
sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana diseksa,
mereka di sana bertarung nyawa.
saudaraku...!!
butakah kita...??
melihat mereka merebah sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban hari,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita.

saudaraku...!!
pekakkah kita...??
mendengar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknatullah.
saudaraku...!!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya.

saudaraku...!!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka?,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahu Akbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah.

saudaraku...!!
tak takutkah kita...??
bila Allah bertanya,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya?,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa?,


Apakah..Apakah..dan Apakah...??

BANGUNlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diperolok-olokkan,

Bangkitlah..Bangkitlah..Bangkitlah...!!


Dari sajak diatas.. kita dapat renung2 kan bagaimana keadaan kita berbanding mereka??

Adakah kita bersyukur dengan kehidupan kita sekarang tau byk merungut??

Oleh itu, samalah kita do'akan untuk mereka yang sanggup berkorban demi mengejar syurga firdausi~

sumber: softboard kelas~ :P (secara asal nye tak tau dari mane tp kawan ana jumpe kat satu laman tu n die just copy n print je...kalau sesiapa rase die yg reka sajak diatas harap bgtau coz ana nk minta izin samanye~)


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

KITAkah akhawat sejati??



IN THE NAME OF ALLAH, I BEGIN...

>Akhawat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun,
>>tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari retorikanya ketika aksi,
>>tetapi dilihat dari kebijaksanaannya dalam mengambil keputusan.
>Akhawat sejati tidak dilihat dari banyaknya ia berorganisasi,
>>tetapi sebesar apa tanggungjawabnya dalam menjalankan amanah.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari kehadirannya dalam syuro',
>>tetapi dilihat kontribusinya dalam mencari solusi dari suatu permasalahan.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari tasnya yang selalu membawa al-Qur'an,
>>tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al-Qur'an tersebut.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari aktivitinya yang seabrek,
>> tetapi bagaimana ia mampu mengoptimumkan waktu dengan baik.
>Akhawat sejati tidak dilihat dari IP-nya yang cumlaude,
>>tetapi bagaimana ia mengajarkan ilmunya pada umat.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi,
>>tetapi bagaimana ia mampu membentengi hati.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari keterlibatannya dalam menjalankan kegiatan,
>>tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
>Akhawat sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama,
>>tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar waktu solatnya.

>Akhawat sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman-teman,
>> tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cintanya pada Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

>Akhawat sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya,
>>tetapi sebanyak mana titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud.
>Seorang akhawat sejati bukanlah dilihat dari kecantikkan paras wajahnya,
>>tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.
>Akhawat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempersona,
>> tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

>Akhawat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan,
>>tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.

>Akhawat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
>>tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

>Akhawat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
>>tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.

>Akhawat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian,
>>tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.
>Akhawat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalanan,
>>tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

>Akhawat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani,
>>tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

DAN INGATLAH...
>Akhawat sejati bukan dilihat dari sifat petahnya dalam bergaul,
>>tetapi dilihat dari sejauh mana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

p/s: risalah ini berbahasa indon.. harap maaf..
ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Monday, May 26, 2008

JIHAD FISABILILLAH menuju ke SYURGA~

blogger-emoticon.blogspot.com

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan:


"Seorang pemuda datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata; "Saya ingin berjihad (Perang fisabilillah)". Nabi s.a.w. bertanya; "Apakah kedua ibubapamu masih hidup?". Jawabnya; "Ya, kedua-duanya masih hidup". Sabda Rasulullah s.a.w. ; "Di dalam melayaninya harus berjihad".



Ingatlah jika kita menolong ibubapa kita dirumah juga dikira berjihad!

dan belajar juga merupakan jihad~

Jika kita berjihad fisabilillah, kita mendapat pahala..

blogger-emoticon.blogspot.comwaLLAHu a'lam~blogger-emoticon.blogspot.com
ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...