jom follow blog ana! :)

Tuesday, February 15, 2011

Aku Cinta Dia :)


Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com



saya sangat cintakan dia..
siapa dia?? mestilah junjungan Rasulullah s.a.w~
harini kn 12 Rabiulawal 1432H ..sempana maulidur rasul..

how to express my love to him??
so many ways..
-first, must be SELAWAT atas nabi..
-ikut sunnah nabi..
-berakhlak baik..
-mendalami seerah nabi..
-meneruskan perjuangan baginda..

alhamdulillah.. pagi tadi ana isi hari ana dengan benda yg berfaedah..
iaitu talk 'Aku Cinta Dia' (ACD) by kak fisha..
after talk ade tayangan multimedia..
then ade persembahan by afeefa, nabilah n ME! :)
persembahan ape ea??
pada mula nya, kitorang nak wat sajak..
tapi disebabkan xsiap sajak..tapi ada org bagi pantun..
so go on je laa...hehe~




AKU CINTA DIA

Dikandung Aminah, ibu pengasih,
12 Rabiulawal detik keramat,
Muhammad bin Abdullah insan terpilih,
Lahirnya di dunia membawa rahmat.

Diutus Jibril menyampaikan wahyu,
Di Gua Hira' bertemu baginda,
Dalam ketakutan, Khadijah dituju,
Menyinarkan Islam tiada malapnya.

Sentiasa siddiq meski bercanda,
Tabligh walau sebaris ayat,
Amanah itu pakaian baginda,
Terpancar fatonah sepanjang hayat.

Senyuman baginda senyuman mawardah,
Bak kasturi menyegar alam,
Jerih keringan sentiasa tersimbah,
Menjadi sumbu sinarnya Islam.

Selawat ditutur mengungkap rindu,
Mengiringi takbir jihadullah,
Menyusun langkah teguh berpadu,
Menyambung jihadmu, ya Rasulullah.

Cintamu bukan cinta biasa,
Ummati (3x) yang dibimbangkan,
Cintamu tiada galang gantinya,
Terpahat namamu di dalam al-Quran.

Untukmu ya Rasulullah,
Selawat dan salam kami alunkan,
Buatmu ya Rasulullah,
Islamkan bersinar berpanjikan keimanan.




thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...