Bismillah pembuka kata~
ok! kalau sape2 prasan..entry nie ana da post kat fb just copy and paste balek utk post kat blog pulaakk..hehe~
ana just sekadar berkongsi ilmu je.. :)
"kayakanlah (wahai Muhammad); sekiranya bapa-bapa kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) dan kaum kerabat kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takuti kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu mencintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya, serta jihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya). Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik" (at-taubah ; 24)
hadis riwayat Hakim Khatib, Ibn Asakir, Dailami dan lain-lain, Rasulullah saw bersabda;
"sesiapa yang asyik kepada sesuatu lalu cuba menjauhkannya atau melupakannya, lalu menyembunyikannya didalam hatinya. kemudian dia mati maka matinya adalah mati syahid"
Insyallah nie ana amek dari kata2 fatimah syarha dalam novel beliau 'seindah mawar berduri'..
yang dikatakan..
jatuh cinta xsalah, tapi asyik bercinta itu yang salah..kerana perasaan jatuh cinta adalah anugerah Allah. tapi kalau ia boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah xredhai..perlu sentiasa muhasabah dan berdoa kepada Allah agar memelihara perasaan cinta itu sebagaimana yang dia kehendaki..yang tidak menjauhkan kita dariNya. Allah yang Maha Penyayang..
praktikalnya..
tidak salah kalau kita tetap sayangkan si dia..tapi perlu kikiskanlah keaiban-keaiban cinta spt bergayut and mesej dan selalu bertahajud, mujahadah untuk melupakan namanya dan sentiasa meningati namaNya..kerana perbuatan-perbuatan itu yang salah bukan perasaan jatuh cinta itu..mujahadahlah perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. orang beriman akan mengutamakan kebenaran Allah dalam hidupnya..
cinta terbahagi kepada 3 - cinta
cinta paling agung sudah tentu cinta kepada Allah, Rasul dan jalan Nya. Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini. seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. manakala cinta yang hina ialah cinta taghut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibubapa, anak2, isteri keluarga, perniagaan dan kasihkan negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul dan jihad di jalanNya.
(cintakan seseorang sblm akad termasuk digolongan cinta yang hina)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment