jom follow blog ana! :)

Showing posts with label USIM. Show all posts
Showing posts with label USIM. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Diriku dan Teater (siri 1)

Assalamualaikum.

Hai! Lama tak menulis. Setahun sekali kot? maafkan ana.

Ana rindu sangat kumpulan teater ATRA. mesti korang nak tau kenapa kan?

Sebenarnya, tak pernah terlintas pun nak libatkan diri dalam bidang kesenian. Apatah lagi seni teater.

Ceritanya bermula masa ana tahun satu di USIM. Bila sebut je USIM, mesti kaitkan dengan Islamik, budak dakwah, kalau nak bersosial kena jaga batas. Semuanya betul, atas diri kita lah nak membentuk macam mana. Kalau salah bentuk, akan sama je dengan budak uni lain yang takde Islamik sebagai asas nya. 

Pelajar tahun satu diwajibkan untuk ambil subjek ko-kurikulum. tak kisah la nak masuk kelab ke, persatuan ke atau badan beruniform. Masa nak daftar, semua kena kumpul di dewan pusat dan beratur sebelum daftar kumpulan mana yang dia nak join. Tempat terhad bagi setiap persatuan tau! Siapa cepat dia dapat!

Bila tiba time ana, kumpulan yang tinggal cuma kelab teater dan silat. Takkan nak amek silat pulak. Try la teater. Mana la tau ada masa depan. eceh! Lagipun ana nak tau jugak macam mana teater bila disatukan dengan islamik ni. Lagipun time matrik dulu, ana masuk ko-kurikulum seni, puisidra iaitu puisi dan drama. Yang tak pernah ana terpikir pun akhirnya ana yang jadi pemuisi nya. 

Kelas bagi kelab dan persatuan ni hanya pada hari Rabu petang. Sebab setiap rabu, kuliah dan tutorial hanya sampai tengahari untuk bagi laluan pada kelab dan persatuan. Bagi kelas teater untuk sem 2 hanya 30+ orang yang daftar. Kelab paling sikit ahli sebab ramai tak minat. Dan kebanyakan yang daftar pun sebab terpaksa (kelab lain penuh).

Bagi ana, tak salah nak cuba. Dan bermulalah hidup ana dengan teater yang diajar oleh Cikgu Aloeng dan cikgu Fazreen. Mereka lepasan Aswara dan sangat berpengalaman.

Selama satu semester belajar teater, macam2 ana belajar. Jenis teater, historical teater, ciri2 teater, teater eropah, teater shakespeare, macam2 lah! Dan pernah kena marah, kena maki, kena puji. Paling takleh lupa, kena marah kaw2. Ceritanya, satu hari kena lantik jadi ketua atau Pengarah program untuk Lawatan tengok teater di Seremban. Konon nak humble pegi lantik orang lain padahal dari A sampai Z memang ana sorang buat keje sebab semua bagi alasan busy (mintak penampar). Sebab ana rajin, ana buat. Bila cikgu tau bukan nama ana jadi Pengarah, amekkau kena marah kaw2. Ha ha ha. Lepas tu memang jadi Pengarah je sampai habis sem. Senang hidup. Hahaha. (padahal ana satu hapak xreti belakon, reti arah orang je. Muahaha).

Satu hari lepas kelas, cikgu kenalkan kelab teater usim a.k.a ATRA. Memang tak tahu menahu pun pasal kewujudan ATRA ni. Haha. Macam menarik. Ana pun daftar ahli sebab dengar cite nak pakai orang. Lg skali ana tekankan, ana TAK RETI berlakon. Haha. 

That's the way how I get engaged with Theater club of USIM. :)


Add caption



Salam sayang,
ana Auni.


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, January 3, 2012

Imtihan penentu masa depan

Bismillah pembuka kata~

lame nye ana meninggalkan penulisan ana nie.. maaf dipinta! ^_^

untuk pengetahuan semua ana sekarang dalam mood study.. so, ana jarang nak sentuh bende laen selaen buku (tipu!).. ana rasa bukan ana sorang je dalam mood exam kn? ramai lagi kawan2 kita senasib seperti ana..

ana xsuka nak tulis banyak2 sebab buku da memanggil! hehe..
ana just nk tunjuk jadual ana sepanjang exam nie.. just untuk tatapan semua dan supaya kalian mendoakan ana dapat menjawab setiap subjek dengan tenang terutama subjek agama in arabic..huhu.. 


tak lupa juga buat kawan2 ana yang juga sedang dalam mood exam..

 gud luck semua! bittaufiq wannajah~ 



p/s: lepas exam ana cuti sebulan..so klau ade plan pape juct contact me ok? hehe~


thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com  full of luv, ana AuNi~  

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, November 23, 2011

Kejohanan Bola Jaring & Futsal Terbuka di USIM

 Bismillah pembuka kata~


Salam Kawan2..
Inshaallah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan KEJOHANAN BOLA JARING & FUTSAL TERBUKA SEMPENA PESTA KONVOKESYEN USIM KE-9 (CFEST09)

Tarikh : 4 Disember 2011
Tmpt : Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM
Tarikh tutup penyertaan : 1 Disember 2011

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bola Jaring- Nurul Fahima Bt Abd Latif (0193728644)
Futsal- Izad Hafizullah (0139697206) / Mohd Hafiz Ihsan b.Mohd Hassan (0132376965)






p/s: sebarang pertanyaan sila tanye kpd no yg diberi.. klau datang USIM btau ana k? ehehe..

thanks for reading...
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.com  full of luv, ana AuNi~ 

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...