jom follow blog ana! :)

Friday, November 26, 2010

semua jemput hadir k?

Bismillah pembuka kata~

seperti yang diperkatakan semua dijemput hadir k! tapi untuk sesiapa yang btol2 mengenali ana je taw..hehe..sebab pe? coz pada 11/12/2010 iaitu hari sabtu akan diadakan kenduri kahwin abang ana yang ke3 bernama MUHAMMAD FATHI dengan pilihan hatinya NURASHIKIN di DEWAN SERBAGUNA TELUK PULAI, (berhadapan SMK Teluk Gadong), Jln. Serampang 3, Klang..tak tau katne? search la kat google map~ huhu..

ana nak jemput semua orang by mouth or by card or by phone or anything mestilah ada yang tertinggal..so ana post la entri nie tuk kawan2 ana, sedara2 ana, kenalan2 ana and sape2 yang kenal ana lah untuk hadir ke kenduri abang ana kali nie.. ana jugak nak mintak maaf la kat sape2 yang tak sempat ana jemput tahun lepas time abang ana yang pertama kawen..huhu..so datang la time nie k? klau nk tunggu ana kawen lambat agy..hehe..

so malas nak taip panjang2 sebab sekarang tengah mood final exam..tengok je la gamba n kad kat bawah nie..hee~~

nie kad kawen nye.. (klik untuk tgk lebih jelas)

nie la abang ana n kak ipar yang baru..penah tgk entri lpas kn? same je..

dats all..thanks for reading...
((wasalam))
full of luv, ana AuNi~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, November 17, 2010

salam imtihan 2010

Bismillah pembuka kata~blogger-emoticon.blogspot.com

adey..buku telah memanggilku..thats mean my final sem 1 is around the corner..huhu..

alhamdulillah sepanjang ana sem1 dalam degree pemasaran nie..ape yang ana blaja..xde la susah sgt..knape? sbb sem1 adalah semester yang paling rengan tuk sume student coz ana pun baru je masuk U and kne sesuaikan dulu dengan situasi U..blogger-emoticon.blogspot.com disebabkan ianya sangatlah berbeza berbanding zaman matrikulasi ana dulu..hehe..

jadual exam final sem1;blogger-emoticon.blogspot.com

22/11 - arab2 (insya')
24/11 - tamadun islam tamadun asia (titas)
25/11 - information and communication technology (ict)
1/12 - hubungan etnik (H.E)
2/12 - arab 1 (pemahaman nahu)
3/12 - eng 2 (essay)

so dengan ini, ana nak mintak kerjasama dari semua rakan2 ana..tak kesah la kenal or tak..
ana harap korang bleh la tolong DOAkan kejayaan ana dalam menghadapi musim peperiksaan ini..
segala pengorbanan anda semua tidak dapat ana balas..tapi ingatlah pahala dariNya itu amatlah berharga~ :)
terima kasih ana ucapkan diatas kesudian anda semua..





thanks for reading..
((wassalam))
blogger-emoticon.blogspot.comfull of luv, ana AuNi~blogger-emoticon.blogspot.com

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

ape berlaku pagi tadi?


Bismillah pembuka kata~

alhamdulillah harinie kita sama-sama telah meraikan Hari Raya Aidil Adha 1431H...
dan ape yang ana nak kongsi..pelbagai kejadian telah berlaku pagi tadi..mcm2 perasaan ade..benci, terkejut, geram, suka..sume lah..huhu..

pertama, masa sembahyang raya..
nak suruh orang penuhkan dalam masjid punya lah payah..tak paham btol la..knape la diorg suka sgt duk dkat ngan pintu..padahal diorg tak tau ke pahala saf barisan depan lagi banyak pahala ?? atau senang time skola dulu ckp..kalau duk depan maksudnye dekat ngan syurga sbb rasa tak terganggu..tapi kalau duk belakang? pandai2 la pkir...
ade lagi kes laen..time nak solat..bukan ke perlu penuhkan saf depan? kalau tak boleh pun..knape saf dikiri tak nak rapat ke kanan?? eit..nak ingatkan balek...camne rapatkan saf?? mesti rapat BAHU ke BAHU taw!! tapi nie bleh plak tinggalkan kosong..kalau kosong seinci je bleh la trila lagi..nie sampai 2org bleh masuk agi..xpaham la ngan orang camtu..sepatutnya kne la pkir..kalau biar kosong..pe yang berlaku..sape yang duk kat ruang kosong uh?? syaitan lah! sbb uh solat kita susah nak khusyuk! bende simple camnie pun susah nak jage..aish~
last kali..nie memg nak marah abes..
tau la solat hari raya dah abes..tapi tak tau ke bahawa ade khutbah selepas hari raya aidil adha?? tapi knape nak blah da pas solat?? ade lembu tunggu ke? takkan? sbb slalu start sembelih kul9.30 pagi..tapi mase uh baru kul 8.45pagi..ades..pelik la ngan orang yang tak nak kejar pahala nie..da depan mata je..sume nak kne grab je pahala uh..aish~
maybe korang rase ana cam ckp lepas sket malam nie..i know..xsume diorg tau pun hukum hakam camnie..tapi bende simple nie..pandai2 la jage..ades..wat saket mata je tgk..

ok..stop marah2..pe yg berlaku lepas uh memg amat mengejutkan ana and makmum masjid time uh..iaitu time khutbah..
tgh duk khusyuk2 dgr khutbah..ttbe suara khatib makin perlahan dan sekat2..ingatkan die ngantok(tipu lah ngantok time khutbah) ke ape..beberapa saat pastu tetbe dgr makmum laki terkejut..pe yang jadi? Astaghfirullah ala'zim..imam PITAM! terkejut sgt!! die tgh bagi khutbah ttbe jatuh tergolek..u know that mimbar uh bertangga..then imam uh jatuh bergolek sampai bawah..memg satu masjid terkejut la..yela..ttbe jatuh camtu..cuak gak! tah2 malaikat maut duk tepi..aisey..memg pas kejadian uh ana istighfar banyak2 la..mane tak nye..bayangkn kematian seyh~ tah cmne la keadaan kte mati t..dlm keadaan ingat Allah? atau tgh lalai? nauzubillah dijauhkan..huhu..

lastly, nie cite cm happy sket..sbb ape? rime kemuncak hari raya qorban lah..iaitu PENYEMBELIHAN!! hehe..
knape ana happy?? sbb ana xyah susah2 nk tgk org korban taun nie..kalau tak kne diri tgh panas..dan berebut2 nak tgk kan? cube teka ana tgk katne?? tv? salah! haha..ana tgk belakang umah je la..coz wat..belakang umah ana ade padang lapang..so taun nie diorang amek port kat situ..dari dalam bilik..ana just tgk kat tingkap jela..xsusah pun! orang laen duk panas2 then berebut2 nak tgk lembu tumbang sekor..ana duk dalam bilik santai2 minum jus oren dapat tgk 2ekor tumbang..hehe..best kn? :P




dats all kot..harap dari post kali nie..dapatlah korang amek pe yang patut..n kalau ana cam sempoi sgt..or tersalah teori..rajen2 lah komen blog ana nie k..

thanks for reading..
((wassalam))
full of luv, ana AuNi~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

pengajaran buat aku


Bismillah pembuka kata~

harinie ana nak enjoy sket..maybe coz hati ana da happy sket..so, aku jalan-jalan ke blog member2 ana..xkesah la member ana kenal or tak..yang pasti ana jalan2 sebab nak cari ilmu..banyak gile ana jumpe blog yang best2..gempak kot entry diorg..cepat2 ana follow..haha..then ana ada singgah jap blog seseorang nie..terkenal la jugak..kalau ana sebut nama die..mesty korg kenal la..korg pernah dengar lagu '150 juta' tak? blog penyanyi lagu uh la ana singgah..sape lagi - fynn jamal la..maybe tak femes sgt ngan korg kot..takpe lah..yang pasti ana nak kongsi pe yang anajumpe dari blog beliau..lepas bace sila bagi komen k..enjoy reading~ :)

warkah seorang kakak buat adik perempuanku..

menemui Perempuan,
dengan selamatnya.

assalamualaikum dan salam penuh cinta dari kakak. apa khabar? semoga sihat dan aman, semoga sejahtera dan sentosa. untuk kakak di negeri jauh ini, alhamdulillah --berbiasa2 dan bertenang2 sahaja.

adikku Perempuan,
bagaimana hidupmu lewat kebelakangan ini? apakah elok? apakah molek? maafkan kakak kerana sudah terlalu lama tidak berutus surat, bertukar hikayat melalu warkah. arakian hari2 kakak semenjak dua ini terlalunya sibuk dengan pelbagai. harap dimaafkan. harap diampunkan.

adikku Perempuan,

mengenai soalan kamu tentang kekasihmu si Lelaki itu, sukar hendak kakak jawabkan. kakak sendiri masih mencari makna hidup sambil memperinci iman; gerun untuk kakak berikan kata2 hikmah untukmu. tapi kakak cuba juga.

adikku Perempuan,

mahalkan diri kamu itu, dik. jangan dilelong2 pada sesiapa sesuka rasa. sabarkan diri kamu dan yakinkan pada diri yang kamu ada harga. biar ditempik seribu orang, tuhan itu maha kaya, dan dia akan bagikan kamu seseorang yang selayaknya.

kuncinya hanya tunggu.

lebih cantik seorang kamu itu kalau bijaksana dan hebat sifat diri. seperti pusaka lama yang dimahukan dan diidam2, tapi terkhusus untuk dibeli juragan dan bukan orang kebanyakan. rasakan manis cinta pertama bersama tuan yang memilikmu sehingga habis usia dunia. atau kelak kamu akan merasa ralat kerana pemilik abadi cuma mendapatmu yang sudah sisa.
adikku Perempuan,

apalah digentarkan mati seorang, tak dikasih tak disayang tak dipandang. kalau sungguh imanmu pada tuhan, pasti kamu sedar yang tidak pernah walau sekali kita ditinggal belakang. setiap masa, tuhan itu penuh kasih, melimpah sayang, selalu memandang. kita selalu ada tuhan, dik. sentiasa. setiap masa.
dan sudah dijanji pada kita yang setiap kita tercipta sama pasangannya. maka percaya. dan tunggu datangnya dia. satu2nya dia. berhati2, wahai adikku Perempuan, bila datangnya jutaan Lelaki merempuh pandang, jangan terus2 rangkul kamu itu kamu depang. ingat, dan ingat selalu; semua itu tentera2 iblis yang mahu menggoyah iman kamu.

namun ah kalau pula ditunggu satu2nya dia yang tak kunjung tiba, berimanlah pada janji2nya yang kita semua sudah ditakdir berdua2. kalau tidak dijumpakan kita di dunia, apa dimarah; bukankah lebih manis bersua di syurga? kalau di setiap puisi dan lagu kamu nazamkan penantianmu ke pintu syurga, nah~ ini masanya, bukan?

adikku Perempuan,
kalau sungguh sudah terlepas rasa mengharap cinta pada Lelaki, kuncikan maruahmu dalam peti besi yang paling waja. ambilkan kuncinya dan buangkan ke laut, atau mintakan ayahbonda pegangkan sehingga tiba masanya. ingatlah, adikku Perempuan, tak ada parang yang mahu bersarung buruk; segaknya kan hilang, garangnya kan terbuang. dan kalau pun ada, kakak begitu pasti yang merananya kamu. kerana untuk parang secantik itu, semahunya kamu hendak menjadi sarung bertatah permata hanya untuk dia.

adikku Perempuan,
masa adalah sesuatu yang jahat untuk kaum kita. jasad kita adalah makanan utama usia. maka segalanya perlu teratur molek dan cantik. mungkin, adikku, kerana itu kita begitu terdesak untuk setiap apa yang kita susun dari seawal remaja. nasihat kakak, wahai sayangku, berhentilah kau kejarkan sesuatu yang tak terpegang itu. berhenti dan terima dengan tangan terbuka yang setiap apa yang terjadi adalah tulisan dari cerita tuhan. lebih keras kau genggam takdirmu, lebih teruk nanti akan jatuhmu.

adikku Perempuan,
akan datang bila setelah semuanya kamu kerjakan, takkan tercukup pada mata Lelaki. usah kau deraikan airmata kamu itu, dik. bila tiba hari itu yang setiap usaha keras kamu dibalas tuba dan celaka, amankan hati kamu dan senyumkan sahaja. bisikkan pada jiwa kamu yang sungguh sesuatu itu bukan rezekimu. khabarkan pada hati kamu yang kamu sudah cuba setiap termampu untuk Lelaki kamu. ujarkan terima kasih pada diri kamu yang sudah menghempas-pulas setiap darah yang memeluh tubuh itu.

lurutkan dada kamu dan kata:
aku sudah cuba.
adikku Perempuan,

ada masa, tuhan mahu menduga iman yang terselit dalam dada. apakah kita lebih mengasihi Lelaki; atau Dia --yang mencipta Lelaki untuk kamu dapatkan. apakah kita lebih mencari Lelaki; atau Dia sendiri --yang mencipta Lelaki untuk kamu kejarkan.

adikku Perempuan,
kamu lebih tahu bagaimana untuk menghidupi hidupmu. kakak juga antara bidadari yang tersungkur, maka di manalah layaknya untuk kakak menjawab persoalan kamu itu. kalaulah ada apa2 yang mampu kakak paksakan untuk kamu telan intinya adalah ini: mahalkan diri kamu. jangan pun dijual pada orang sebarang2. kamu lebih tinggi dari apa kamu rasakan. pekakkan telinga pada lidah2 iblis yang mengajak kamu meniaga maruahmu secepatnya dek takut luput tarikh molekmu --kerana cantik kita tak berpenghujung bila mana dipelihara cantiknya kita itu.

adikku Perempuan,
semoga bertemu dalam lain2 warkah. sambutlah salam kasih dan cinta dari kakak ini, semoga terlerai setiap gusar risau hidup dunia yang tidak ke mana ini. semoga ayah dan bonda tidak pernah lari dari ingatan kamu.

sampai jumpa,
kekandamu;

fynn jamal,
bidadari rosak sayap,
di negeri jauh.
ini lah kak fynn jamal~ :)

dari ape yang ana baca..memang bahasa tulisan kak fynn nie sastera sket...tapi boleh paham la kan?? so amacam? terBAEK kan coretan surat kak fynn nie..kite jangan judge die dari luar je..isi hati dia murni taw! ana suke sgt baca entry die..dari entry ana kali nie..watpe kite nak percaya lelaki 100%..sbb mereka tak boleh menjanjikan apa kepada kita..bukankah kita ada Dia yang lagi Maha Kaya dan Maha Penyayang?? Dia boleh jaga kita..percayalah wahai puteri2 sahabatku..itu juga ape yang ana buat..percayalah!! :)

buat kak fynn; moga success dalam penulisan blog akak k..hehe..thanks for sharing~
buat pembaca setia..thanks for supporting me~ :)

dats all..thanks for reading..
((wassalam))
full of luv, ana AuNi~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Qorban..

Bismillah pembuka kata :)

alhamdulillah diucapkan syukur kepadaNya diatas nikmat iman dan islam ini..
tak sangke kn harini da raye (ikut hari islam) huhu..
esok selepas solat raya..pasti ada qorban nya..kalau tak bukan raya qorban nama nye.. dan salah satu lokasinya adalah belakang umah saya..wah2..sangat tak sangka..huhu..da lama xtgk org sembelih lembu..tup tup belakang umah sendiri..2 ekor lembu plak tu..hee~ sukasuki..

so dikesempatan nie..ana nk ucapkan....

dikesempatan ini jugak..ana nk mintak maaf kat sume kwn2 ana..if ana ade wat salah kat sesape..
kepada ILI DIYANA..sori la nti dtg umah ana tapi ana cm xbgi layanan yg terbaek..n ana cm wat xendah je nti dtg..huhu..

dan bile lihat..sedar tak sedar..lagi 5hari ana nak exam..ades..study la wahai auni! aish~ ana mintak kerjasama sume..doakan ana k.. :)

thanks for reading...
((wassalam))
full of luv, ana AuNi~


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Saturday, November 13, 2010

bila duduk rumah sorang2 hujung minggu~


Bismillah pembuka kate~ :)


harinie..tanggal 13 november 2010, sabtu.. ana kat umah sorang2~ nie pun disebabkan family ana semua busy ngan hal masing2..tah ana pun xamek port pe hal diorang..mak ana cakap die ade seminar kat subang..kakak ana plak memang awal2 pagi da keluar so memang tatau pape la..my dad maybe jadi DJ orang kawen kat mane2..maklumlah, nak cari duet lebeyh bagi anak isteri makan..thanks dad! adik ana xbalek minggu nie tapi selasa t die balek trus..cuti akhir tahun katenye..abang sulung ana ade balek kejap pagi tadi..nak amek kete je..abang kedua ana tah watpe dalam bilik uh...tdo kot! n lastly abang ketiga ana plak baru pas kawen..n diorg live seperately for a while n hujung minggu la mse jumpe..huhu..BAHAGIA!! dan sekarang tinggallah ana sorang2 kat umah yg besar nie~
nie la umah ana..besar gile kan..bayang kan malam2 ana duk sorang2..perghh..memg duk dalam bilik tak kuar la alamatnye..seram kot! sambung balek cerita harinie...da bosan duk umah tatau nak buat ape.. eh, lupe lah! ibu ade suruh kemas rumah n jemur kaen..ok, done! haha.. ape ana nak wat agy?? duk umah besar gile..klau ade lesen da lame bwak kete kat umah nie..da la berlambak..aish~ spoil tol xde lesen.. ((haha..sape suh xnk amek!)) padan muke kat diri sendiri..haha..

perghh...bosan gile..ape bleh buwat?? aish~
eh..kau lupe ke?? nak exam da seminggu agy..ades! npe la ingatkan ana sekarang..tape2..so dari ana duk mencangak sorang2 tatau nak buat pe..baek g study! I have to get revenge on my study~

how to start?? hurm..i have 3subjects to read and memoriez as well and 3subject i have to practise well..dat are titas, h.etnik, and ict..also arab pemahaman, insya' and english essay~ its so many..i have do some revenge on them! here i come~ :)

I will attend my first paper on monday 22nov2010 and last on 3dec2010..so pray for me ok?? I have to do well..much better than before..dont play2!! hehe.. chaiyok auni!! ^__^

dats all~ thanks for reading..
((wasalam))
full of luv, ana AuNi~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Wednesday, November 3, 2010

saya dapat kakak ipar lagi! ^__^

Bismillah n selamat membaca~ blogger-emoticon.blogspot.com

camne sye nk mule cite ye?? hmm...firstly nk ckp..skrg nie ana tgh study week...so doakan ana study ok! blogger-emoticon.blogspot.com coz ana exam start 22 nov t..lambat nye~ xpe2..ade mse tuk study.. blogger-emoticon.blogspot.com

so before I strive for my study week...I go back home for a while..coz my brother wanna get married!! very excited~ abang ku yang ketiga daripada 6 orang adik beradik iaitu MUHAMMAD FATHI telah menyunting seorang wanita pilihan hatinya NURASHIKIN dari nun di kulaifornia..aha..salah! kulai jaya,Johor l
a..hee~ mereka telah selamat diijab kabulkan pada jam 9.30 pagi hari sabtu, 30 oktober di rumah pengantin perempuan di bukit batu, kulai jaya dengan hanya sekali lafaz...wah! lengkap plus detail semua nya.. malas nak cakap banyak..tengok gamba je lah~ :)

bersama keluarga belah ayah di johor~
pemberian mas kahwin
menyarung gelang
cium tangan tanda terima kasih
with my parents
berat ingin melepaskan anak2

nie jela yang ana bleh kongsi serba sedikit..banyak je gamba yang laen..huhu..and ade video akad..tapi kelajuan internet tidak mengizinkan ia disiarkan..jadi ini jela yang mampu ana sediakan..kerana tujuan post nie hanye ingin memberitahu kalian bahawa abang saya sudah berkahwin...dan ana ingin menjemput sahabat handai dan saudara mara yang mengenali ana dan keluarga untuk menghadiri majlis kenduri bagi pihak lelaki pada 11 december 2010, sabtu bertempat di dewan serbaguna telok pulai (hadapan SMK telok gadong), Jln Serampang 3, Klang. Ingin maklumat lanjut..boleh la hubungi ana dan keluarga..harap sudi datang bagi memeriahkan majlis..

thanks for reading~
((wassalam))
full of luv, ana AuNi :)

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...