jom follow blog ana! :)

Thursday, January 29, 2009

mengerti diri ini~

Bismillah... ^_^

Diri ini...
Hanya insan biasa,
Punya misi dan cita2,
Punya visi dan matlamat yang perlu dilaksana
Namun...
Detik saat, minit, jam dan hari kian berlalu,
membuatkan diri ini terkapai2,
pada arus dunia yang terlalu berbeza,
di atas kekurangan terbiyah dan mutiara.
Diri ini...
makin hari, makin leka.
makin hari, makin alpa.
makin hari, makin terseksa.
makin hari, makin terpedaya.
makin hari, makin menderita.
makin hari, makin berbeza.
Yakni...
Leka dengan arus teknologi dunia,
Alpa dalam menunaikan suruhan yang Esa,
Terseksa dalam menempuhi dunia berbeza,
Terpedaya dek nafsu membara,
Menderita menempuh ujian yang menimpa,
Berbeza iman dan taqwa yang masih tersisa.
Diri ini...
perlukan teman seaqidah sentiasa disisi,
mendidik dan membimbing tanpa henti,
menasihati dan mengingatkan tugas pada Ilahi,
yang memerlukan qudrat pemuda dan pemudi,
yang mana iman dan Islamnya terletak dihati,
menempuh ujianNya yang menimpa tanpa rungutan kecil,
membawa panji agar Islam dijulang kembali,
ke dunia Palestina yang disakiti.
Wallahu a'lam~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

1 comment:

Riezal said...

blog yg menarik..Thanks for sharing salam ziarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...