satu hari. ana kerinduan yg teramat pda tarbiyah.. lalu melangkah ke rak buku dan mencapai satu baris buku yg digunekan ketika di sekolah dulu.. ia amat bergune utk mse hadapan.. yakni buku kuliah n tazkirah!! ana amat sygkn buku2 tu..
ambil salah satu buku disitu.. dan menyelak sehelai demi sehelai.. tibe2 terpandang satu artikle yg ana penah catatkan.. yang ana rse pada mase tu ana xmemahaminye tp pabila menempuh ujian yg dtg saban hari kian merasa ape motif yg ingin disampaikan...
dengan ini ana nk kongsi la skit artikle nie.. berdasarkan tajuk yg diberi.. REALITI SUBUH MASA KINI!
Subuh.. sayup2 kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun kemerduan suara itu seolah2 mendodoikan aku yg sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, dwi-gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan2 jijik.. "alangkah enaknye klau kau truskan tidomu tu wahai manusia.. Tidurlah.. kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha mencari sesuap nasi.. Apakah salahnya aku berehat sekejap?"
Biasa dengar alasan ni? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah tipulah! Aku manusia. Kau juga manusia. Punya kwn bernama syaitan. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan mereka. Usaha mereka membuahkan hasil. Muslim tadi kembali menarik kulit babi yg tadinya terselak sedikit. "Biarlah.. Aku pnatlah harini.. "
______________________________________________________________________
Disatu tempat yg laen, sayup2 kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia utk menunaikan solat itu sungguh merdu skali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yg amat kuatmenerpa telingaku. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku memunaikan solat. Lalu aku bingkas bangkit. Digosok2 mata ini. Terkebil2 ke kiri. Terkebil2 ke kanan. Alhamdulillah. Syukur Allah tiupkan rohku kembali pada tubuhku.
Lenguh rasanya badan ni. Sengal disini. Sengal disana. Pnatnye seharian bekerja smlm masih tak hilang lagi. Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, syaitan memulakan rutinnya seperti biase. "Dah tahu pnat tu, tdo je la. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia. Badanmu lenguh, pnatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula." Argghh!!! Nafsu tidurku membuaslagi. Ngantuknyaa. Biarlah. Aku impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat. Telapak kaki itu mencecah ke lantai. Simen yg sejuk. burr... Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku ke rumah Allah yg satu.
yang mana satu dikau manusia?? Pilihlah! Kita serupa. Punyai nafsu. Punyai kawan bernama syaitan. Tapi iman yang membezakan kite. Tinggi ke rendah?? Laratkah kita menjadi singa Allah yg mengaum sedangkan menghalang menguap pun tak mampu?? Sahabat2 seperjuangan, berapa banyak nikmat Allah yg kita kecapi harini?? Demi Allah! semuanya tidak terhitung! Apalah salahnya dikorbankan saat kelazatan tidur di kala subuh utk berjemaah? Ingat! Selangkah kita rapat padaNya seribu langkah Allah rapat pada kita. Allahu rabbi la usyriku bihi abada!
daripada crite nie.. cube renung2 diri kte nie.. slama beberape bln kat umah.. adakah kte melawan nafsu dan syaitan?? atau kte membelainye lagi?? muhasabahla diri masing2.. kte mesti menangkan iman!! krana iman menuju kebenaran..
video
Wallahu a'lam~
No comments:
Post a Comment