alhamdulillah, dengan masa yang telah diberikan oleh Allah ini
akhirnya dapat juge ana meng'update'kan blog yang tergantung ni..
duhai akhawat seperjuanganku,
yang menjadi qudwah hasanah
menjadi harapan ummah
dengarlah rintihanku ini
agar bersama menegakkan kebenaran
kini,
sudah berakhir alam limpahan bekal tarbiyah
sudah tiba ke satu alam yang jauh berbeza
mengorak langkah dengan penuh erti
demi membela maruah ummah islami
kini,
diriku berada di sempadan
dua alam yang tak sama
memerlukan kudrat yang berbeza
agar diri tak hanyut dek alam duniawi
yang penuh onak dan duri
perlu ditempuhi seorang diri
duhai diri yang kerdil,
usah ditakuti onak menanti
kerna teman sentiasa disisi
memberi mau'izah tanpa henti
di atas ukhuwah kerana Ilahi
yang tiada pengakhirannya
Wahai sahabat yang ku rindui,
ingatlah pesanan ku ini
perbaharui niatmu setiap hari
agar diri tidak merana saban hari
bersama niat suci kerana Ilahi
Ya Allah, Tuhanku yang satu
berilah kekuatan kepada kamiuntuk menempuh ujian menanti
bersama iman dan islam dihati
berbekal mau'izah para murabbi
diiringi pesanan akhawat dicintai
berjumpa dunia berbeza
meniti alam realiti
mencapai matlamat yang suci
yakni syurga firdausi
perlu dibentuk dari amalan yang berterusan
agar dikurnia pahala berpanjangandemi mencapai matlamat yang dirancang
akhir kalam,
cubalah hayati sajak yang tak seberapa ni
hanya ditulis pabila terlintas di minda
buat direnungi bersama
titian ukhuwah kerana Ilahiayat yg tunggang terbalik harap dimaafi
kerana di sini hamba yang baru mengerti
dunia dua alam yang berbeza dan tak sama~
No comments:
Post a Comment