jom follow blog ana! :)

Tuesday, December 9, 2008

memoriku berulang lagi~

bismillah..

ketika ku duduk keseorangan pelbagai kenangan bermain diminda ku ini
antara yang masih lekat kemas di minda ku ialah memori ini..

Pada suatu hari sabtu bertarikh 18 oktober 2008 bersamaan 18 syawal 1429h,
berlaku satu peristiwa yang tak akan dilupakan buat calon2 spm 2008 sek. men. islam hira' terutama sekali ana..
yakni jamuan akhir tahun bagi kami~

setiap kali jamuan akhir tahun.. mesti ade orang yang berucap~
lps diundi n dipilih.. akhirnye naimah la orang nye..
disebabkan kesuntukan mase untuk membuat teks... ukht. taqiah sempat mengarang kan sebuah sajak..
sajak nye ber'bunyi' begini :

PERJALANAN KAMI DI HIRA'
Dari lembaran Introduction,
Ke lembaran Glossary.
Dari subuh gajah,
Ke hening sepertiga malam.
Dari imbuhan function,
Ke helaian linear function.
Dari fly setiap hari,
Ke tak nak balik cuti.
Dari tamadun dunia,
Ke sejarah Malaysia.
Dari Oxford rujukan,
Ke Sasbadi latihan.
Dari fudhail mubarak,
Ke abbas dan mas'ud.
Dari apa itu usrah,
Ke inilah mehnah dakwah.
Dari dewan PMR,
Ke dewan SPM.
Segalanya pasti...
Perjalanan seorang hamba Ilahi,
Merentas dunia hira' penuh erti,
Melakar kenangan mengayuh memori.
Dari jiwa yang kosong,
Ke limpahan bekal tarbiyah.
Terus mengorak langkah,
Berteman sahabat disisi,
dalam suka dan kecewa,
dalam susah dan mewah.
Dakwah dan tarbiyah sebagai paksi,
Bertemu jiwa kosong tadi.
Segalanya pasti...
Masa mengusung jiwa tadi,
Mengorban nafsu lestari,
Pada medan jihad taklim dan tarbawi.
Terkedu jiwa itu,
Kerna dirinya kini,
Sudah tiba di sempadan benua,
Dua dunia yang tak sama,
Dua alam yang punya resam.
Jauh... jauh sekali.
Segalanya pasti...
Berbekal Taqwa dihati,
yang mendamba janji Ilahi.
Berbekal Tarbiyah disisi,
yang belum habis dicari gali.
Berbekal mau'izah para murabbi,
yang tak serik memimpin diri.
Jiwa tadi,
mengorak langkah,
merentasi sempadan.
Demi Ummah yang masih bingung!
Demi Islam ad-deen teragung!
Segalanya pasti...
selesai je sahabat ana mendeklamasikan sajak tersebut,
ana terfikir sejenak..
ape yang diperkatakan semua itu seakan-akan benar!
ana bermuhasabah seketika.. koreksi diri yang akan tempuhi dunia nyata..
Adakah jiwaku kini terisi seperti diperkatakan dalam sajak diatas?
Adakah jiwaku sanggup melalui sempadan yang dimaksudkan?
Ya Allah!
ampunilah dosaku ini..
semoga jiwa yang kosong tadi dapat diisi
dengan segala tarbiyah yang telah dikutip sebaiknya
wahai sahabat ku yang ku sayangi kerana Allah~
ingatlah!
rancang la cuti mu ini segala yang manfaat buat dirimu mahupun agama mu!
semoga segala tarbiyah yang dilalui di sekolah dulu
dapat diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita
supaya ia sebati menjadi rutin harian yang tak perlu lagi diingati
malah mengingatkan yang lain tanpa henti
wallahu a'lam~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

1 comment:

Nur Sakinah Nabilah, said...

terrer la k.taqiah buat!
sedap btul baitnya~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...