jom follow blog ana! :)

Wednesday, December 24, 2008

satu cerita.. TUDUNG BUKAN SEKADAR KAIN~


Bismillah... ^_^


A na dapat cerita nie dari kawan ana.
tahun lepas.. n ana pun da x ingat sape yg bagi..
cume.. ana nk kongsi crite ni kat semua..
harap dapat ambil ape yg boleh jd pedoman~

cerita nye bermule begini...

Saya ingin bercerita mengenai adik saya, Nur Annisa, seorg gadis yg baru menginjak dewasa tp agak kasar n suka b'kelakuan spt lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 thn, perkembangan tingkah lakunya benar2 m'bimbangkan ibu.
Dia sering m'bawa teman2 lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu x senang, tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yg terlalu bebas, ibu tlh meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran2 kecil ant. mereka.

Pernah pd suatu masa, adik berkata dgn suara yg agak keras, "cuba mama tengok, jiran2 kita pun ada yg anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam og x pakai tudung. Sampai kawan2 annisa kat sekolah, yg pakai tudung pun selalu keluar dating ngan boyfriend diorang, pegang2 tangan. Ani ni, walaupun x pakai tudung, tak pernah buat cam tu".

Pada satu hari, ada jiran yg baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yg ada 6 orang anak yg masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri(bukan nama sebenar). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yg tidak pernah keluar rumah, hingga ada yg menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, btul ke org yg baru pindah tu, isterinya buta, bisu ngan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nk tau sangat, pergi la rumah mereka. tanye sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata2 saya dan benar2 pergi ke rumah Abu Khoiri.
Sekembalinya dari rumah mereka, saya lihat perubahan yg benar2 mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi..... entah ape yg dah berlaku?

Namun, selang 2 hari kemudian, dia minta ibu buat tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai tudung labuh?!!.. lengan panjang pula tu.... saye sendiri jadi bingung.. bingung + syukur kpd Allah s.w.t kerana saya melihat perubahan yg ajaib.. Ya, saya kate ajaib sbb die berubah 100%..!!
Tiada lagi anak2 muda atau teman2 wanitanya yg dtg ke rumah hanya utk bercakap perkara2 yg x tentu arah...
Saya lihat, dia banyak merenung, byk bace majalah Islam (biasenye hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri... tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya... dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan2 saya datang, dia menundukkan pandangan... SUBHANALLAH..(segala puji bagi Engkau ya Allah), jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan utk bekerja di satu pekan, kerja di sebuah perusahaan minyak Caltex.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (agak jauh dr pekan).
Dalam perjalanan, saya tak henti2 berdoa kepada Allah s.w.t agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah.. di depan pintu sudah ramai orang.. hati berdebar2, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah.. saya lihat ibu menangis.. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya..... dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik awk boleh mengucapkan kalimah Syahadah diakhir hidupnya" .. air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah selesai upacara pengebumian dan lain2nya, saya masuk ke bilik adik
Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah dairi. Dairi yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai... hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri... disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini : soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Anissa : aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari " mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik!"

Isteri jiranku : Alhamdulillah.. sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Anissa : tapi mak cik kan dah ada anak 6.. tapi masih kelihatan cantik??
Isteri jiranku : Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah s.w.t. Dan bila Allah s.w.t berkehendak.. siapakah yang mampu menolaknya?

Anissa : Mak cik.. selama ni ibu saya selalu suruh pakai tudung.. tapi saya selalu tolak sebab saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai tudung... sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana??

Isteri jiranku : Anissa, sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita..

Anissa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang berkelakuan tak elok...

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikatnya atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Anissa : apa hakikat tudung tu?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin; lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu; lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara sia-sia.. sentiasalah lazimi lidah dengan zikrullah; lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat; lindungi hidung kamu dari mencium segala yang berbau busuk; lindungi tangan2 kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh; lindungi kaki kamu dr melangkah menuju maksiat; lindungi fikiran kamu dr berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dr sesuatu selain Allah s.w.t, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu... itulah hakikat tudung..~

Anissa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dr Allah s.w.t yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan2 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah s.w.t. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia sakan dibangkitkan... ketika ditiup sangkakala yang kedua; pada saat roh2 manusia seperti anai2 yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanah nya dr logam yg panas, tiada rumput mahupun tumbuhan; ketika tujuh matahari didekatkan diats kepala kita namun keadaan gelap gelita; ketika seluruh manusia ketakutan; ketika ibu tidak mempedulikan anaknya; anak tidak mempedulikan ibunya; sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi; antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di dalam ini; ketika manusia berbaris dengan barisan panjang dan masing2 mempedulikan nasib dirinya; dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak; dan bermacam2 rupa2 bentuk manusia yg tergantung amalannya; ada yg melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yg berbentuk seperti haiwan, ada yg berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis... menangis kerana hari itu Allah s.w.t murka.. belum pernah Allah s.w.t murka sebelum dan sesudah itu. Hingga ribuan tahunmanusia dibiarkan Allah s.w.t dipadang mahsyar yg panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab... Duhai Anissa, bila kita tidak berusaha beramal pada hari ini, entah dgn apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung.... Allah s.w.t.

Sampai di sini saje kisah tu saya bace.. kerana disini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yg jatuh dari kelopak matanya..
SUBHANALLAH~
Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah nya..
"buta, bisu dan tuli.."
wanita yang tidak pernah melihat lelaki muhrimnya;
wanita yang tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yg mengundang dosa dan si2;
wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah s.w.t.
"Tak tahan airmata ini pun jatuh".
Semoga Allah s.w.t menerima adikku di sisinya.. Amin.. Subhanallah~


ana harap cerita nie boleh jadi iktibar buat semua..
kerana ini adalah kisah benar yg diubah skit ^_^
supaya jd 'menarik' skit
Wallahu a'lam~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, December 23, 2008

mencari sesuatu..

Bismillah.. :)

ermm..

mase berlalu hampir tidak disedari..
dari saat ke minit
dari minit ke jam
dari jam ke hari
dari hari ke minggu
begitula seterus nye..

bagaimana diri ini menggunakan masa yang telah dikurniakan Nya..

huih!

baru ku sedar..
baru ku terjage..
bahawa
diriku bukan lagi di dunia yang dulu..
punya haluan tersendiri
perlu merancang dengan teliti
supaya diri tak terlalai
dek arus duniawi yang unik
mengalahkan musuh dengan mudah
melalui kelemahan masing2

oleh itu,
wahai temanku..

sama2 la kita..
muhassabah diri~
koreksi hati..
pelihara dari titik hitam yang tidak pernah mengenal mangsa
agar terselamat dari seksa Nya
menuju ke syurga Firdausi milik yang Esa

ceh!
maaf2 seribu kali maaf..
ana tak tau knape sejak keblakangan nie..
ana suke sgt ber'sastra'..
huhu..
sajeje kot! nk isi mase lapang ^_^ ..

buat sesape yg nk tolong ana..
silekan~
ana tak tau ape nk buat cuti2 nie~

dah bosan da duduk lelame dpn pc~ (kantoi!)
ana nk hilang kan ke'bosan'an ana nie..
demi ummah yang masih bingung..
demi Islam ad-deen teragung~

p/s: sape leh tolong ana cari usrah? please...


wallahu a'lam~


ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Tuesday, December 9, 2008

memoriku berulang lagi~

bismillah..

ketika ku duduk keseorangan pelbagai kenangan bermain diminda ku ini
antara yang masih lekat kemas di minda ku ialah memori ini..

Pada suatu hari sabtu bertarikh 18 oktober 2008 bersamaan 18 syawal 1429h,
berlaku satu peristiwa yang tak akan dilupakan buat calon2 spm 2008 sek. men. islam hira' terutama sekali ana..
yakni jamuan akhir tahun bagi kami~

setiap kali jamuan akhir tahun.. mesti ade orang yang berucap~
lps diundi n dipilih.. akhirnye naimah la orang nye..
disebabkan kesuntukan mase untuk membuat teks... ukht. taqiah sempat mengarang kan sebuah sajak..
sajak nye ber'bunyi' begini :

PERJALANAN KAMI DI HIRA'
Dari lembaran Introduction,
Ke lembaran Glossary.
Dari subuh gajah,
Ke hening sepertiga malam.
Dari imbuhan function,
Ke helaian linear function.
Dari fly setiap hari,
Ke tak nak balik cuti.
Dari tamadun dunia,
Ke sejarah Malaysia.
Dari Oxford rujukan,
Ke Sasbadi latihan.
Dari fudhail mubarak,
Ke abbas dan mas'ud.
Dari apa itu usrah,
Ke inilah mehnah dakwah.
Dari dewan PMR,
Ke dewan SPM.
Segalanya pasti...
Perjalanan seorang hamba Ilahi,
Merentas dunia hira' penuh erti,
Melakar kenangan mengayuh memori.
Dari jiwa yang kosong,
Ke limpahan bekal tarbiyah.
Terus mengorak langkah,
Berteman sahabat disisi,
dalam suka dan kecewa,
dalam susah dan mewah.
Dakwah dan tarbiyah sebagai paksi,
Bertemu jiwa kosong tadi.
Segalanya pasti...
Masa mengusung jiwa tadi,
Mengorban nafsu lestari,
Pada medan jihad taklim dan tarbawi.
Terkedu jiwa itu,
Kerna dirinya kini,
Sudah tiba di sempadan benua,
Dua dunia yang tak sama,
Dua alam yang punya resam.
Jauh... jauh sekali.
Segalanya pasti...
Berbekal Taqwa dihati,
yang mendamba janji Ilahi.
Berbekal Tarbiyah disisi,
yang belum habis dicari gali.
Berbekal mau'izah para murabbi,
yang tak serik memimpin diri.
Jiwa tadi,
mengorak langkah,
merentasi sempadan.
Demi Ummah yang masih bingung!
Demi Islam ad-deen teragung!
Segalanya pasti...
selesai je sahabat ana mendeklamasikan sajak tersebut,
ana terfikir sejenak..
ape yang diperkatakan semua itu seakan-akan benar!
ana bermuhasabah seketika.. koreksi diri yang akan tempuhi dunia nyata..
Adakah jiwaku kini terisi seperti diperkatakan dalam sajak diatas?
Adakah jiwaku sanggup melalui sempadan yang dimaksudkan?
Ya Allah!
ampunilah dosaku ini..
semoga jiwa yang kosong tadi dapat diisi
dengan segala tarbiyah yang telah dikutip sebaiknya
wahai sahabat ku yang ku sayangi kerana Allah~
ingatlah!
rancang la cuti mu ini segala yang manfaat buat dirimu mahupun agama mu!
semoga segala tarbiyah yang dilalui di sekolah dulu
dapat diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita
supaya ia sebati menjadi rutin harian yang tak perlu lagi diingati
malah mengingatkan yang lain tanpa henti
wallahu a'lam~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Thursday, December 4, 2008

khas buat semua teman seperjuanganku


TEMAN, AKU INGIN...


Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meniggalkan insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.
impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.
senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrenggut,
roh dakwah tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih, menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi.
Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Mahsyar nanti.
: cebisan dari coretan novel TAUTAN HATI~
(buku nie best! sesuai utk plajar kolej @ U.. byk pengisian boleh didapati juga..)
SELAMAT BERJUANG SAHABATKU~

ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

dua alam yang tak sama~


salam buat semua....
alhamdulillah, dengan masa yang telah diberikan oleh Allah ini
akhirnya dapat juge ana meng'update'kan blog yang tergantung ni..

duhai akhawat seperjuanganku,
yang menjadi qudwah hasanah
menjadi harapan ummah
dengarlah rintihanku ini
agar bersama menegakkan kebenaran

kini,
sudah berakhir alam limpahan bekal tarbiyah
sudah tiba ke satu alam yang jauh berbeza
mengorak langkah dengan penuh erti
demi membela maruah ummah islami
kini,
diriku berada di sempadan
dua alam yang tak sama
memerlukan kudrat yang berbeza
agar diri tak hanyut dek alam duniawi
yang penuh onak dan duri
perlu ditempuhi seorang diri

duhai diri yang kerdil,
usah ditakuti onak menanti
kerna teman sentiasa disisi
memberi mau'izah tanpa henti
di atas ukhuwah kerana Ilahi
yang tiada pengakhirannya
Wahai sahabat yang ku rindui,
ingatlah pesanan ku ini
perbaharui niatmu setiap hari
agar diri tidak merana saban hari
bersama niat suci kerana Ilahi

Ya Allah, Tuhanku yang satu
berilah kekuatan kepada kamiuntuk menempuh ujian menanti
bersama iman dan islam dihati
berbekal mau'izah para murabbi
diiringi pesanan akhawat dicintai
berjumpa dunia berbeza
meniti alam realiti
mencapai matlamat yang suci
yakni syurga firdausi
perlu dibentuk dari amalan yang berterusan
agar dikurnia pahala berpanjangandemi mencapai matlamat yang dirancang

akhir kalam,
cubalah hayati sajak yang tak seberapa ni
hanya ditulis pabila terlintas di minda
buat direnungi bersama
titian ukhuwah kerana Ilahiayat yg tunggang terbalik harap dimaafi
kerana di sini hamba yang baru mengerti
dunia dua alam yang berbeza dan tak sama~



ana sayang blogwalker~ jangan lupa komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...